Page 52 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 52

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 45


               KEPENTINGAN KAJIAN

               Kajian  tindakan  ini  mempunyai  beberapa  kepentingan  kepada  pengkaji  kerana
               memainkan  peranan  sebagai  seorang  penyelidik  yang  mengkaji  sistem  PdPc  di
               sekolah tersebut. Pelaksanaan kajian tindakan di sekolah tersebut adalah bertujuan
               untuk  meningkatkan  keberkesanan  pengajaran  guru,  meningkatkan  prestasi
               pencapaian pelajar, mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran
               dalam sesuatu subjek iaitu sukar untuk mengingati fakta-fakta dan peristiwa-peristiwa
               sejarah, membantu pelajar mencapai tahap cemerlang dalam mata pelajaran Sejarah
               semasa  menduduki  peperiksaan  SPM.  Selain  itu,  kajian  ini  juga  bertujuan  untuk
               menangani  masalah  pembelajaran  khususnya  yang  berkaitan  dengan  pencapaian
               rendah dalam kalangan pelajar, kajian tindakan juga boleh dijadikan strategi untuk
               memperbaiki lagi pencapaian pelajar yang berada pada tahap lemah ke tahap baik
               atau cemerlang melalui aktiviti PA21. Seterusnya juga ingin meningkatkan peratusan
               kelulusan Sejarah SPM di sekolah ini.


               METODOLOGI

               Reka  bentuk  kajian  tindakan  dengan  Model  Kemmis  &  McTaggart  (1988)
               diadaptasikan kerana model tersebut bergelung dan ia boleh bermula dengan langkah
               refleksi. Lebih-lebih lagi, reka bentuk kajian tindakan ini bertujuan membaiki praktis
               dan  amalan  guru  sehingga  dapat  memajukan  pembelajaran  murid  dalam  mata
               pelajaran  Sejarah.  Lapan  orang  guru  Sejarah  tingkatan  1-5  di  SMK  St.  Anthony,
               Sarikei digunakan dalam kajian ini. Kaedah kualitatif dan kuantitatif digunakan untuk
               mengumpul data kajian ini. Semasa pelaksanaan tindakan kelas dalam konteks kelas
               sebenar, kaedah pemerhatian, kaedah temu bual berstruktur digunakan. Selain itu,
               analisis  keputusan  GPMP  Sejarah  SPM  juga  dianalisis  sebagai  data  kuantitatif.
               Kedua-dua jenis data ini ditrangulasikan lagi dengan data temu bual bersama guru
               panitia Sejarah di SMK St. Anthony, Sarikei. Dapatan sesi refleksi akan dimajukan
               sebagai  cadangan  penambahbaikan  untuk  meneruskan  gelungan  kajian  tindakan
               yang seterusnya.

               Kaedah Pemerhatian

               Jasmi, K. A. (2012), kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang
               digunakan  untuk  mengukur  pemboleh  ubah  penyelidikan.  Pemerhatian  juga
               merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data
               selain soal selidik dan temu bual. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengenal
               pasti  kelas  PA21  diwujudkan  dalam  keadaan  yang  selamat  dan  menyeronokkan.
               Peranan pengkaji ialah sebagai pemerhati terhadap ciri-ciri kelas PA21 di sekolah ini.

                       Antara kelebihan kaedah pemerhatian dalam pengumpulan data ialah pengkaji
               dapat menghadirkan diri dan melihat situasi sebenar tempat kajian. Selain itu, pengkaji
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57