Page 53 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 53
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 46
juga dapat mendengar, memerhatikan dan bertanya sendiri untuk mendapatkan
maklumat dan seterusnya dapat memahami apa yang berlaku di tempat kajian.
Pemerhatian merupakan kaedah berkesan untuk digunakan dalam bilik darjah kerana
pengkaji dapat melihat proses yang berlaku secara langsung. Sebagai contoh,
seorang guru sejarah tingkatan 5 sememangnya sentiasa memerhatikan reaksi
pelajarnya bagi memastikan komunikasi berlaku antara guru dan murid serta murid
dan murid. Di samping itu, pemerhatian dapat membantu guru menentukan kesediaan
dan penerimaan murid terhadap pengajarannya. Apa yang penting dalam proses
pemerhatian, pengkaji perlu berusaha melakukan pemerhatian tanpa diganggu oleh
prasangka terhadap guru mata pelajaran Sejarah di sekolah tersebut.
Kaedah Temu bual
Data-data juga boleh diperoleh dengan menggunakan kaedah temu bual secara
berstruktur dengan guru sejarah di sekolah ini. Berdasarkan kaedah temu bual
berstruktur, pengkaji dapat memperoleh maklumat berkaitan latar belakang guru mata
pelajaran Sejarah dan maklumat-maklumat lain yang diperlukan. Kaedah ini
dijalankan kepada individu yang tidak mempunyai masa atau kurang faham untuk
menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam soalan yang dicipta oleh pengkaji.
Temu bual berstruktur berkemungkinan adalah kaedah pengumpulan data
yang sangat bermakna kerana ia mengambil masa yang lama serta dapat beramah
mesra dengan guru mata pelajaran Sejarah melalui WhatsApp dan telegram. Temu
bual berstruktur adalah kaedah yang terbaik bagi soalan terbuka dan mendapatkan
maklumat guru mata pelajaran Sejarah secara terperinci di sekolah ini. Azizah
Hamzah (2010), terdapat tiga jenis temu bual yang boleh digunakan dalam
pengumpulan data iaitu temu bual berstruktur, temu bual separa berstruktur, dan temu
bual tidak berstruktur. Guru mata pelajaran Sejarah digalakkan memberi respons
secara bebas. Pengkaji telah membina contoh soalan temu bual yang diletakkan pada
halaman lampiran 1.
Analisis GPMP Sejarah SPM
Pengkaji telah menghadirkan diri dan melihat situasi sebenar tempat kajian. Pengkaji
juga menemu ramah dengan ketua panitia Sejarah dan beberapa orang guru sejarah
di sekolah ini. Pengkaji telah mendapat GPMP Sejarah SPM dari Tahun 2014 hingga
Tahun 2018 tetapi pengkaji hanya fokus GPMP Sejarah SPM Tahun 2017 dan Tahun
2018 untuk kajian ini. Selain itu, peratusan kelulusan mata pelajaran Sejarah SPM
Tahun 2017 dan Tahun 2018 juga digunakan dalam kajian ini.

