Page 55 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 55
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 48
Kriteria Kejayaan
Kriteria kejayaan adalah elemen-elemen kecil daripada objektif pembelajaran. Jadi,
kriteria kejayaan dapat membantu guru membina aktiviti yang bersesuaian untuk
memastikan aktiviti pembelajaran yang tersusun. Di samping itu, guru mata pelajaran
Sejarah melihat pecahan kecil aktiviti dan masukkan pembelajaran pembezaan di
mana perlu. Dengan elemen kriteria kejayaan, guru juga mudah membuat penilaian
dan refleksi kerana pencapaian spesifik murid dapat dilihat. Melalui pemerhatian
pengkaji, pengkaji mendapati sudut kriteria kejayaan di papan tulis telah disediakan
dan digunakan oleh guru mata pelajaran Sejarah semasa melaksanakan PdPc seperti
yang dirancangkan dalam RPH. Sudut kriteria kejayaan di dalam kelas. Contohnya,
objektif pembelajaran adalah “Pada akhir pembelajaran, murid boleh menyenaraikan
5 isi Pembentukan Malaysia”.
Sudut Parking Lot
Sudut Parking Lot juga telah disediakan dan digunakan oleh guru mata pelajaran
Sejarah di tempat kajian pengkaji. Tujuan sudut tersebut diwujudkan adalah untuk
digunakan oleh murid semasa menyoal, memberi ulasan dan sebagainya. Sudut ini
juga berperanan dan sesuai digunakan jika murid malu untuk bertanya dan juga
digunakan oleh guru untuk membuat refleksi tentang PdPc yang telah dijalankan.
Berikut adalah situasi Sudut Parking Lot di dalam bilik darjah tempat kajian pengkaji.
Sudut Hasil Kerja Murid
Sudut hasil kerja murid juga disediakan dan mempamerkan hasil kerja murid secara
berkumpulan selepas pembentangan kumpulan dilaksanakan. Ini dapat mendorong
dan menggalakkan murid bekerjasama dalam sepasukan melalui elemen 6K iaitu
kreatif, kolaborasi, kritis, komunikasi, karakter dan semasa pdpc guru di dalam kelas.

