Page 56 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 56
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 49
Soalan 2 : Adakah aktiviti PA21 yang diaplikasikan dan dilaksanakan dalam
PdPc dalam mata pelajaran Sejarah?
Pengaplikasian pendekatan, kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan
pembelajaran mestilah melihat kepada kepelbagaian pelajar di dalam sesebuah bilik
darjah. Dalam konteks pendidikan, kaedah dan teknik merupakan satu perancangan
atau siri tindakan guru semasa melaksanakan langkah-langkah pengajaran yang
tersusun rapi dan berkesinambungan yang perlu dituruti dengan saksama bagi
mencapai objektif pengajaran. Selepas kaedah yang hendak digunakan dipilih,
barulah guru merancang teknik yang boleh melengkapkan kaedah tersebut seperti
teknik bercerita, latih tubi, menghafal dan seumpamanya. Usaha mengenal pasti dan
memilih kaedah dan teknik yang sesuai dapat memenuhi pendekatan yang digunakan
yang disebut sebagai strategi. Kaedah pengajaran membolehkan guru-guru
mengajarkan Sejarah mengikut cara yang betul lagi terancang seperti format RPH
dalam Lampiran 2 Guru bertindak sebagai perancang untuk memastikan kesediaan
dan persediaan yang rapi dalam melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan
dalam Standard 4 SKPMg2.
Pendekatan dan kaedah yang sesuai ialah pendekatan dan kaedah yang memberikan
peluang kepada murid untuk berusaha sendiri dalam pembelajaran. Guru sebagai
pembimbing manakala murid sebagai pelakon seperti yang dinyatakan dalam
Standard 4 SKPMg2. Tujuannya adalah membantu murid-murid mendapat
pengalaman dan berpeluang menerima, menerapkan dan menyatukan nilai-nilai yang
dipelajari itu kepada personaliti mereka melalui pengalaman yang dialami.
Perkara ini jelas terbukti apabila Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025 yang memberikan penekanan kepada kemahiran berfikir murid. Setiap murid
perlu mempunyai semangat ingin tahu dan belajar tentang cara untuk terus
mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat, mampu menghubung kait pelbagai
pengetahuan bagi mewujudkan pengetahuan baharu. Setiap murid perlu menguasai
pelbagai kemahiran kognitif yang penting:
➢ Pemikiran Kreatif dan Inovatif: kemampuan menginovasikan, menjanakan
kemungkinan baharu, mencipta idea atau pengetahuan baharu;
➢ Penyelesaian Masalah dan Penaakulan: keupayaan meramal masalah dan
mendekati isu secara kritis, logik, induktif, dan deduktif bagi mencari
penyelesaian, dan akhirnya membuat keputusan; dan
➢ Keupayaan Belajar: keupayaan memacu pembelajaran sendiri, dengan
kemampuan menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat.

