Page 89 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 89
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 82
(2011) yang menyatakan bilangan item yang sedikit merupakan salah satu punca
masalah nilai alpha yang rendah.
HASIL KAJIAN
a. Impak pembelajaran berdasarkan elemen 6C
Pada keseluruhannya, dapatan kajian memaparkan lingkungan julat skor min berada
pada 8.00 hingga 8.87 untuk kesemua item bagi elemen 6C (komunikasi, pemikiran
kritis, pemikiran kreatif, kolaborasi, karakter dan sahsiah serta kenegaraan). Jadual 2
merumuskan dapatan skor min mengikut konstruk item.
Jadual 2: Rumusan Skor Min Mengikut Konstruk Item
Konstruk Item No Item Min
(1) Komunikasi 1 – 3 8.58
(2) Pemikiran kritis 4 – 12 8.40
(3) Pemikiran kreatif 13 – 16 8.37
(4) Kolaborasi 17 – 20 8.53
(5) Kewarganegaraan 21 – 23 8.62
(6) Karakter/ Sahsiah 24 – 26 8.71
Purata Skor Min Keseluruhan 8.58
Seperti yang dipaparkan dalam Jadual 2, purata skor min keseluruhan bagi
keenam-enam elemen ialah 8.54. Skor min tertinggi adalah bagi elemen karakter
(8.71) diikuti kewarganegaraan (8.62) dan komunikasi (8.58). Elemen yang
memperoleh skor min terendah ialah pemikiran kreatif (8.37).
b. Manfaat pengalaman pembelajaran
Analisis dapatan soal selidik item terbuka ini dapat mengenal pasti tiga kategori
tentang manfaat pengalaman pembelajaran iaitu (1) Peningkatan pengetahuan dan

