Page 90 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 90

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 83


               kemahiran pedagogi, (2) Hasil pembelajaran yang melepasi batas (extended learning
               outcomes) dan (3) Penguasaan aplikasi teknologi. Antara respons yang signifikan bagi
               kategori ‘Peningkatan pengetahuan dan kemahiran pedagogi’ adalah ‘menggunakan
               pelbagai pendekatan yang berbeza untuk mendidik pelajar’, ‘menggalakkan suasana
               belajar yang berpusatkan pelajar dan menekankan pembinaan pengetahuan kendiri
               dengan memupuk sikap ingin tahu yang mendalam’ dan ‘melaksanakan aktiviti yang
               bersesuaian dan menghubungkait pembelajaran bahasa Jepun dengan subjek lain
               yang bersesuaian’ serta ‘elemen merentas kurikulum dapat dipraktikkan melalui NPDL
               di sekolah’.

                       Bagi kategori ‘Hasil pembelajaran yang melepasi batas’, antara respons yang
               menarik  adalah  ‘saya  dapat  menghasilkan  pembelajaran  berdasarkan  aktiviti  yang
               mempunyai  kaitan  silang  budaya  serta  kolaborasi  antara  guru  bahasa  Jepun  di
               sekolah  yang  berbeza’,  ‘mengaitkan  pelbagai  perkara  dalam  suatu  projek’  serta
               ‘mendapat  idea  baru  kaedah  pengajaran  moden  yang  boleh  diaplikasikan  untuk
               menarik minat pelajar berbanding pengajaran tradisional, iaitu "chalk & talk’. Kategori
               yang  ketiga,  iaitu  ‘Penguasaan  aplikasi  teknologi’  pula  merangkumi  respons  yang
               signifikan  seperti  ‘menguasai  aplikasi  untuk  membuat  latihan’  serta  ‘kemahiran
               teknologi interaktif.’

                       c.     Cabaran yang dihadapi

               Dapatan  kajian  tentang  cabaran  yang  dihadapi  oleh  siswa  pendidik  boleh
               dikategorikan kepada lima aspek, iaitu (1) kekurangan sumber rujukan dalam bahasa
               Jepun,  (2)  pengalaman  yang  terhad,  (3)  masa  yang  terhad  (4)  kekangan  dalam
               penggunaan teknologi dan (5) masalah pemahaman awal tentang projek.

                       Antara respons yang signifikan bagi kategori pengalaman yang terhad adalah
               ‘kekurangan pengalaman dengan audiens sebenar bagi menguji keberkesanan projek
               semasa  pembangunan  projek’,  ‘menyesuaikan  tahap  latihan  dengan  aras
               pengetahuan  penggunaan,  pengolahan  dan  kolaborasi  idea’,  ‘mencari  kaedah
               pentaksiran yang sesuai untuk projek NPDL’ serta ‘merancang kesinambungan bahan
               pengajaran’. Bagi kategori masa pula, siswa pendidik memaklumkan bahawa mereka
               memerlukan  masa  yang  panjang  untuk  merancang  kesinambungan  projek  serta
               kekangan  masa.  Antara  respons  tentang  kekangan  dalam  teknologi  adalah
               ‘pengintegrasian  teknologi  dalam  pembelajaran’  dan  ‘perbincangan  berkumpulan
               tanpa bersemuka’. Bagi kategori masalah pemahaman pula, respons yang signifikan
               yang telah dikenal pasti adalah seperti dalam petikan respons yang berikut:

                       NPDL adalah sesuatu yang baru. Justeru, pemahaman yang konsisten adalah
                       penting bagi memastikan projek dapat dilaksanakan dengan baik. Meskipun
                       wujud salah faham terhadap tugasan pada peringkat awal projek, pensyarah
                       juga sentiasa memberikan bimbingan sepanjang projek, justeru pemahaman
                       terhadap projek dapat berlaku sepanjang pelaksanaannya’.
                                                                          (Sumber: Petikan respons S9)
   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95