Page 100 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 100
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 93
Unifi 55 14.4
Maxis 33 8.6
Telekom Malaysia 19 5.0
U-Mobile 113 29.5
Lain-lain 34 8.9
Adakah Anda Suka Belajar
Menggunakan Pembelajaran Dalam
Talian
179 46.7
Ya
204 53.3
Tidak
Selain itu, jadual turut menunjukkan tahap latihan pra perkhidmatan pendidikan
pelajar berdasarkan pengkhususan. Responden tertinggi adalah dalam kalangan pelajar
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) iaitu seramai 256 pelajar (66.8%).
Seterusnya, terdapat seramai 120 pelajar (31.3%) dari Program Persediaan Ijazah
Sarjana Muda Perguruan (PPISMP). Manakala, terdapat seramai 7 pelajar (1.8%) dari
Program Diploma Pendidikan Perguruan (PDPP).
Seterusnya dari aspek tempat tinggal, iaitu luar bandar dan bandar pula, statistik
mendapati sebahagian besar responden tinggal di kawasan luar bandar. Jumlah ini paling
tinggi iaitu seramai 241 pelajar (62.9%) manakala responden bandar berjumlah hanya
142 responden (37.1%).
Dari aspek penyediaan rangkaian yang digunakan oleh pelajar-pelajar IPGKPI
pula, statistik menunjukkan penggunaan sistem rangkaian U-Mobile adalah tertinggi
dengan jumlah 113 responden (29.5%). Penggunaan sistem rangkaian yang kedua
tertinggi adalah penggunaan talian Celcom sejumlah 69 responden (18.6%), diikuti
dengan pengguna talian Digi seramai 60 responden (5.7%), pengguna rangkaian Unifi
seramai 55 responden (14.4%) dan pengguna rangkaian Maxis seramai 33 responden
(8.8%). Berikutnya, penggunaan talian Telekom Malaysia hanya 19 responden (5.0%)
dan yang paling rendah ialah lain-lain talian hanya 34 responden (8.9%).
Seterusnya merujuk kepada pernyataan ‘Adakah anda suka belajar menggunakan
pembelajaran dalam talian?’ Statistik menunjukkan sebilangan besar pelajar tidak

