Page 98 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 98
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 91
Ujian Kebolehpercayaan
Jadual 1: Statistik kebolehpercayaan
Pembolehubah Cronbach's Alpha Bil. Item
Kesediaan Pembelajaran .878 5
Sikap .951 5
Kemahiran .954 5
Pengetahuan .935 5
Komitmen Pensyarah .963 4
Analisis kebolehpercayaan Jadual 1 dinilai pada pemboleh ubah kajian untuk
menentukan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan. Pekali kebolehpercayaan
Cronbach's alpha boleh diterima sekiranya nilainya lebih besar dari pada
0.7. Kebolehpercayaan item adalah mencukupi sekiranya melebihi takat minimum 0.7 ke
atas bagi sains sosial (Nunnaly, 1978). Oleh itu, berdasarkan hasil ujian
kebolehpercayaan yang telah dianalisis, ia menunjukkan bahawa pembolehubah alpha
Cronbach dalam kajian semuanya sama dengan atau lebih tinggi daripada 0.7. Ini
bermaksud bahawa ujian kebolehpercayaan di antara pembolehubah mempunyai
konsistensi dalaman yang agak sederhana dan tinggi. Didapati bahawa nilai alpha
berkisar antara 0.878 hingga 0.963, menunjukkan kebolehpercayaan pada tahap yang
boleh diterima. Dengan sedikit perbezaan nilai antara pembolehubah, penilaian
responden adalah konsisten sepanjang kajian. Berdasarkan ujian kebolehpercayaan,
tidak ada satu pembolehubah bebas atau soalan yang ditolak alpha Cronbach, rendah
dari 0.6.
Profil Demografi Responden
Analisis deskriptif dimulakan dengan hasil pengumpulan data demografi responden.
Profil demografi responden yang merangkumi bahagian pertama (Bahagian A) terdiri
daripada soalan mengenai Jantina, Bangsa, Tahap Pendidikan, Anda Kini Tinggal Di,
Penyediaan Rangkaian dan Adakah Anda Suka Belajar Menggunakan Pembelajaran
Dalam Talian.

