Page 104 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 104

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 97




               nilai  min  5.26  (SP=1.485).   Nilai  min  terendah  pula  merujuk  kepada  pernyataan
               ”Pensyarah menyediakan masa yang mencukupi untuk menyokong pembelajaran dalam
               talian” dengan nilai min 5.17 (SP=1.581). Ini menunjukkan sebilangan besar pensyarah
               IPGKPI tidak mengalami masalah yang berkaitan dengan sesi pengajaran dalam talian
               berdasarkan ilmu pengetahuan yang mereka miliki. Ini kerana kebanyakan pensyarah
               tidak menghadapi masalah kerana "kesediaan" terhadap pembelajaran dalam talian.


               Jadual 7:  Komitmen pensyarah terhadap pembelajaran dalam talian (online learning)

                                                                            N         Min        Sisihan
                                                                                                  Piawai
                1.  Pensyarah menyediakan  kecukupan  peluang                383         5.25         1.500
                   latihan dalam talian dengan pembelajaran.
                2.  Pensyarah  mempunyai  pengetahuan  yang
                   mencukupi  untuk  menyokong  pembelajaran                 383         5.24         1.457
                   dalam talian.
                3.  Pensyarah  menyediakan  bahan-bahan  yang                383         5.26         1.485
                   mencukupi dalam pembelajaran.
                4.  Pensyarah      menyediakan       masa      yang
                   mencukupi  untuk  menyokong  pembelajaran                 383         5.17         1.581
                   dalam talian.




               Korelasi


               Mengikut  Nunally  (1978),  rule  of  thumb  dalam  menginterpretasi  Korelasi  Koefisyen
               Pearson, nilai 0.00 hingga 0.30 adalah lemah. Korelasi yang sederhana adalah dari 0.31
               hingga 0.50 manakala nilai dari 0.51 hinga 0.80 adalah kuat. Nilai Koefisyen Korelasi dari
               0.81 hingga 1.00 diklasifikasikan sebagai sangat kuat.

                       Berdasarkan  dapatan  di  Jadual 8,  terdapat  hubungan  yang  kuat  antara  empat
               pembolehubah  bebas:  Sikap    terhadap  Pembelajaran  Dalam  Talian  dengan    nilai
               koefisyen korelasi Pearson 0.739 (p<0.05, p<0.01) , Kemahiran Terhadap Pembelajaran
               Dalam  Talian  nilai  koefisyen  korelasi  Pearson  0.725  (p<0.05,  p<0.01),  Pengetahuan
               Terhadap Pembelajaran Dalam Talian nilai koefisyen korelasi Pearson 0.754  (p<0.05,
               p<0.01) dan Komitmen PensyarahTerhadap Pembelajaran Dalam Talian nilai koefisyen
               korelasi Pearson 0.588 (p<0.05, p<0.01). Kesemua pemboleh ubah bebas ini mempunyai
               hubungan  yang  kuat  dan  berkorelasi  positif  dan  signifikan  dengan  pemboleh  ubah
               bersandar.
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109