Page 95 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 95

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 88




               Normaliza Abd Rahim & Nor Shahila Mansor (2017) menyarankan agar pensyarah harus
               menggunakan  pelbagai  kaedah  pengajaran  dalam  kelas  untuk  menarik  minat  dan
               motivasi pelajar agar kekal fokus dalam kelas pembelajaran. Penggunaan aplikasi dalam
               talian  dilihat  sangat  penting  untuk  membuat  tugasan  dan  penglibatan  semua  pelajar
               dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

                       Menerusi  panduan  yang  dikeluarkan  oleh  Kementerian  Pendidikan  Malaysia
               (KPM) telah menuntut agar semua warga pendidik mengubah corak PdP kepada cara
               baharu, iaitu bersemuka secara maya dan pengajaran dalam talian mengikut kesesuaian
               masa (fleksi). Pembelajaran cara baharu ini menuntut agar guru dan pelajar bersetuju
               untuk melaksanakan proses PdP dengan cara yang lebih mudah. Tugasan diberikan oleh
               guru manakala pelajar digalakkan mencari maklumat dalam pelbagai cara. Kesediaan
               pelajar  dalam  situasi  ini  merupakan  cabaran  baharu  dalam  mendepani  cara
               pembelajaran abad ke21. Pada masa yang sama pensyarah berperanan memberi lebih
               banyak pengukuhan dan memotivasikan pembelajaran kendiri.

                       Menerusi panduan yang dikeluarkan oleh KPM, pembelajaran dalam talian, turut
               dijadikan sebagai keperluan semasa oleh para pensyarah di Institut Pendidikan Guru
               (IPG) ketika suasana dunia dilanda dengan COVID-19. Interaksi bersemuka tidak dapat
               dilaksanakan, sebaliknya proses PdP tetap diteruskan sebagai satu keperluan mematuhi
               jumlah jam mengajar mengikut Maklumat Kursus (MK). Semua pensyarah diminta untuk
               meneruskan pengajaran menggunakan kemudahan pembelajaran dalam talian (Online
               Learning). Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) melalui KPM menyediakan platform
               yang  menarik  seperti  forum,  chat,  persembahan,  dan  penyampaian  maklumat  dan
               perkongsian  bahan-bahan  kursus  melalui  Google  Classroom.  Menurut  Nor  Hidayati
               Mokhtar  (2020),  semasa  tempoh  PKP  ini,  KPM  telah  mengeluarkan  panduan
               pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) semasa PKP, bermula 1 April 2020
               yang merangkumi pembelajaran secara dalam talian menggunakan Google Classroom
               supaya  pelajar  tidak  ketinggalan  dalam  pendidikan.  Beberapa  buah  universiti  turut
               memulakan kuliah dan pembelajaran secara dalam talian.

                       Pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI) telah
               diberikan  platform  Google  Classroom  dengan  kata  laluan  sendiri  bagi  memudahkan
               interaksi  dengan  pelajar.  Pada  masa  yang  sama  membolehkan  pelajar  memberi  dan
               menerima komen. Seterusnya menggalakkan interaksi sambil belajar dengan membuat
               pencarian  maklumat.  Pendidik  juga  turut  berpeluang  untuk  mencuba  pendekatan
               pedagogi terkini yang kini dikenali sebagai cybergogi. Penggunaan aplikasi baharu ini
               turut  digunakan  untuk  menjalankan pentaksiran,  serta  memahami  bagaimana  kaedah
               pembelajaran dalam kalangan pelajar berlaku dengan berkesan menggunakan teknologi
               terkini.  Aplikasi dalam talian seperti Google Meet, Zoom, Skype, WhatsApp, Telegram
               dan  sebagainya  menjadi  pilihan  para  pendidik  meneruskan  pembelajaran  maya.
   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100