Page 130 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 130

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 123




               mendapatkan  gambaran  yang  jelas  tentang  realiti  semasa, mengenal  pasti matlamat,
               memilih  strategi  PdP  untuk  memenuhi  matlamat,  memantau  kemajuan  dan
               menyelesaikan masalah sehingga matlamat dipenuhi. (Knight, 2018)



               PERNYATAAN MASALAH


               Pengkaji (pengarang pertama) merupakan seorang PI yang ditugaskan oleh IPGKI untuk
               membantu  seorang  GD  yang  telah  dikenalpasti  oleh  Guru  Besar  di  sebuah  sekolah
               rendah  di  Daerah  Kinta  Utara.    Keseluruhan  proses  Bimbingan  Instruksional  untuk
               Perlaksanaan PBD di sekolah telah dikendalikan oleh pengkaji bermula dari bulan Ogos
               2019  sehinggalah  akhir  Oktober  2019.    Pengkaji  ingin  mengkaji  keseluruhan  proses
               pengalaman bimbingan instruksional berasaskan sekolah dari perspektif seorang guru
               dan juga diri sendiri sebagai seorang pembimbing instruksional.  Pengkaji ingin mengkaji
               ciri-ciri inkuiri naratif, iaitu peranan perhubungan kritikal yang dimainkan oleh seorang
               pengkaji dan guru dibimbing (GD).


                       Menurut  Knight  (2019),  guru-guru  telah  menunjukkan  pengamalan  pengajaran
               yang  lebih  tertumpu  secara  signifikan  setelah  mereka  diberi  bimbingan  instruksional.
               Milton  (2019)  dan  Johnson  (2016)  juga  dalam  kajian  mereka  telah  menunjukkan
               bimbingan  instruksional  mempunyai  potensi  untuk  memberikan  impak  yang  positif
               terhadap  pengajaran  guru  dan  pembelajaran  murid.      Memandangkan  Bimbingan
               Instruksional  untuk  Pelaksanaan  PBD  di  sekolah  di  Malaysia  masih  berada  dalam
               peringkat permulaan, tidak terdapat banyak kajian atau penyelidikan yang telah di buat
               ke atas pelaksanaan atau pengimplementasian proses bimbingan instruksional tersebut.
               Pengkaji  ingin  mengemukakan  pengalaman-pengalaman  yang  boleh  memperlihatkan
               isu-isu tertentu dan perkara-perkara yang boleh dibincangkan secara lanjutan. Kaedah
               inkuiri  naratif  yang  digunakan  dalam  kajian  ini  dapat  memberi  satu  gambaran
               pengalaman tentang pelaksanaan proses bimbingan instruksional PBD yang berlaku di
               sekolah. Kajian ini berupaya untuk memberikan satu ‘suara’ kepada pihak-pihak yang
               terlibat  secara  langsung.  Adalah  diharapkan  perincian  pengalaman  PI  dan  GD  dapat
               menyumbang  kepada  kajian-kajian  yang  terhad  ke  atas  cara  perlaksanaan  proses
               bimbingan instruksional untuk pelaksanaan PBD di sekolah.


                       Kajian kualitatif inkuiri naratif ini berfokus kepada pengalaman yang dilalui oleh
               seorang PI dan GD adalah berasaskan kepada falsafah yang dikemukakan dalam teori
               John Dewey.  Sikandar (2015) dalam kajian beliau telah menyatakan penyumbangan
               teori  Dewey  terhadap  pendidikan  moden  yang  berasaskan  pendidikan  progresif.
               Kefahaman  dan  pandangan  falsafah  Dewey  mengenai  pendidikan  telah  meletakkan
               beliau  dalam  falsafah  pendidikan  pragmatisme.    Ahli-ahli  pragmatis  berkeyakinan
               bahawa pendidikan dan pembelajaran seharusnya berlaku melalui pengalaman sebenar
   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135