Page 44 - LAPORAN PEO.pdf
P. 44
Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)
yang menjimatkan masa untuk mengumpul data dalam jangka masa singkat manakala
penggunaan soal selidik secara dalam talian menjimatkan penggunaan bahan bercetak dan
kos penghantaran pos, memudahkan proses menjawab, menambahkan kecekapan daripada
aspek masa dan kos penyelidikan.
Berdasarkan kepada Ghaffar (1999), Talib (2009), dan Hasan (2012), reka bentuk
kajian merupakan suatu panduan tentang bagaimana kaedah dan prosedur untuk
mendapatkan data dan juga satu perancangan di dalam proses mencapai objektif kajian.
Cooper dan Schindler (1998; 2008), menyatakan bahawa reka bentuk kajian ialah satu
perancangan dan struktur penyiasatan yang disediakan bagi mendapatkan jawapan bagi
semua persoalan kajian.
Talib (2009) dan Hasan (2012) juga menyatakan, data yang dikumpul dan hasil
sesuatu kajian akan dapat memberi maklumat untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan
di mana kaedah yang dipilih berdasarkan kesesuaian dengan reka bentuk kajian, lebih
praktikal dan realistik untuk mendapatkan maklum balas yang baik daripada responden.
Dalam melaksanakan kajian ini, kajian tinjauan yang melibatkan kaedah kuantitatif digunakan
dengan memeriksa kefungsian item, kesahan dan kebolehpercayaan instrumen melalui data
item persepsi yang diperoleh.
Kajian berbentuk tinjauan digunakan oleh kumpulan penyelidik kerana cara ini
berkesan dan praktikal untuk mendapatkan maklumat. Kaedah kajian ini terbahagi kepada
dua fasa di mana fasa pertama ialah a) pembinaan item-item dalam PEO dan terdapat enam
konstruk PEO dan setiap PEO mempunyai sub konstruk; b) kajian rintis dilaksanakan
terhadap item-item PEO dan item-item yang tidak menepati syarat, setelah dilakukan analisis
pembersihan item secara “Win-Step” berdasarkan Model Rasch, digugurkan daripada soal
selidik. Fasa kedua adalah a) kajian sebenar yang dijalankan menggunakan item yang telah
ditentukan kesahan dan kebolehpercayaan; b) analisis terhadap dapatan kajian. Kerangka
Operasional Kajian ditunjukkan dalam Rajah 3.1.
28

