Page 43 - LAPORAN PEO.pdf
P. 43
Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan
Metodologi kajian menjelaskan bentuk rangka kerja untuk menjalankan sesuatu kajian dan
merupakan bahagian penting yang digunakan untuk memastikan kajian yang dijalankan
menggunakan prosedur dan kaedah dengan cara yang betul. Selain itu menurut Ghaffar
(1999), Talib (2009) dan Hasan (2012), metodologi kajian digunakan untuk memastikan
objektif dapat dicapai berdasarkan data yang sah dan dipercayai. Bab ini membincangkan
dengan tentang kaedah yang digunakan oleh penyelidik dalam melaksanakan kajian.
Metodologi merupakan aspek yang penting untuk menerangkan perlaksanaan sesebuah
kajian yang berkaitan dengan reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, langkah-
langkah pengumpulan data dan kaedah menganalisis data.
3.2 Reka Bentuk Kajian
Kajian yang dijalankan ini menggunakan pendekatan kaedah kuantitatif. Kaedah ini
digunakan kerana lebih bersesuaian dengan kajian yang dijalankan, memandangkan
responden yang dipilih melibatkan bilangan responden yang ramai iaitu terdiri daripada
semua graduan Program Ijazah Muda Pendidikan (PISMP) seluruh Malaysia yang telah
mendapat penempatan di sekolah pada tahun 2011 hingga 2013. Ini bermakna graduan
PISMP yang menjadi responden adalah graduan yang telah berkhidmat antara tiga hingga
lima tahun. Kajian ini menggunakan teknik sampel bertujuan jenis kelompok kluster di mana
data yang diperoleh dikumpul daripada keseluruhan responden berdasarkan zon
penempatan. Ianya bersesuaian dengan pendapat Ayob (2002) dan Majid Konting (2004),
menegaskan bahawa reka bentuk kajian ialah segala langkah atau prosedur yang diambil
untuk mencapai semua matlamat kajian.
Kaedah menganalisis data penyelidikan ini adalah gabungan RIT (Windsteps) dan
CTT (SPSS) bagi mendapatkan hasil analisis data kajian. Rasional menggunakan kaedah ini
adalah untuk memudahkan penyelidik mendapat maklumat yang diperlukan berdasarkan
soalan kajian. Beberapa persediaan perlu dilaksanakan iaitu membina soal selidik item-item
dalam PEO, memuat naik dalam internet menggunakan Google Form, kemudian soal selidik
dijawab secara dalam talian [on-line] dan seterusnya analisis data dilaksanakan selepas
mendapat bilangan maklum balas yang mencukupi. Penggunaan soal selidik merupakan cara
27

