Page 56 - LAPORAN PEO.pdf
P. 56
Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)
22. IPGKTI 42 4.5
23. IPGK KB 31 3.3
24. IPGK TAA 48 5.1
25. IPGK Pendidikan Islam 30 3.2
26. IPGK Ipoh 67 7.1
27. IPGK Rajang 17 1.8
Jumlah Keseluruhan 939 100.0
4.3 Analisis Demografi Responden
Profil responden dalam Jadual 4.2 menunjukkan komposisi responden yang terdiri daripada
graduan PISMP dari pelbagai jantina, bangsa, pengkhususan di IPG, lokasi sekolah dan
tahun penempatan di sekolah. Seramai 264 (28.1%) responden terdiri daripada graduan
PISMP lelaki dan 675 (71.9%) responden terdiri daripada graduan PISMP perempuan terlibat
dalam kajian ini. Daripada 939 responden kajian, 529 orang (56.3%) terdiri daripada graduan
PISMP berbangsa Melayu, 290 orang (30.9%) terdiri daripada graduan PISMP berbangsa
Cina, 78 orang (8.3%) graduan PISMP berbangsa India, 29 orang (3.1%) graduan PISMP
Bumiputera dan 13 orang (1.4%) Lain-lain. Manakala pengkhususan di IPG pula didapati
graduan PISMP yang terlibat sebagai responden dalam kajian ini terdiri daripada 18
pengkhususan di IPG yang dinyatakan iaitu pengkhususan Bahasa Melayu 76 orang (8.1%),
Bahasa Inggeris 47 orang (5.0 %), Pra sekolah 43 orang (4.6%), Pendidikan Khas 77 orang
(8.2%), Kajian Sosial 39 orang (4.2%), Matematik 156 orang (16.6%) , Sains 68 orang (7.2%),
Pendidikan Islam 92 orang (9.8%), Pemulihan 59 orang (6.3%), Pengajian Cina 113 orang
(12.0%), Pengajian Tamil 36 orang (3.8%), Pendidikan Jasmani 34 orang (3.6%), Bimbingan
Kaunseling 3 orang (0.3%), Reka bentuk dan Teknologi 34 orang (3.6%), Seni Visual 23 orang
(2.4%), Muzik 14 (1.5%), Bahasa Arab 21 orang (2.2%), Sejarah 2 orang ( 0.2%) dan lain-
lain 2 orang (0.2%). Dapatan kajian menunjukkan seramai 939 orang graduan PISMP telah
ditempatkan di tiga lokasi sekolah iaitu bandar 350 orang (37.3%), luar bandar 543 orang
(57.8%) dan pedalaman 46 orang (4.9%). Majoriti responden kajian Penilaian Objektif
Program ini adalah terdiri daripada graduan PISMP yang telah ditempatkan di sekolah pada
tahun 2013 seramai 401 orang (42.7%) diikuti penempatan 2012 seramai 313orang (33.3%)
dan 2011 seramai 225 (24.0%).
40

