Page 82 - LAPORAN PEO.pdf
P. 82

Laporan Kajian Objektif Pendidikan Program (PEO)

                      Walau bagaimana pun dapatan kajian ini berbeza dengan kajian Adibah dan Azizah
                (2007), Mohd Hasimi et al., (2017), Nor Haliza dan Khaidzir  (2010) dan Norhasniza et al.,
                (2010) yang mendapati penguasaan guru-guru dalam aspek berkomunikasi dalam Bahasa
                Melayu dan Inggeris adalah pada tahap sederhana. Kajian mereka mendapati guru-guru yang
                mempunyai latar belakang dalam aliran Sains didapati menguasai komunikasi dalam Bahasa
                Inggeris lebih tinggi berbanding dengan guru-guru yang mempunyai latar belakang aliran
                Sastera yang hanya menguasai kemahiran dalam Bahasa Melayu. Dapatan kajian ini juga
                bertentangan  dengan kajian Salmi  et al., (2014) yang mendapati  kemahiran komunikasi
                pelajar pendidikan adalah pada tahap yang tinggi. Namun begitu, tahap kebolehan berbahasa
                Inggeris masih  berada  pada tahap yang rendah. Kajiannya juga mendapati  bahawa
                kemahiran komunikasi mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik
                pelajar. Berdasarkan kajian ini, pihak yang bertanggungjawab harus memberikan perhatian
                dalam memastikan bakal guru terus memiliki pengetahuan bahasa yang baik sama ada
                Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris yang seterusnya dapat meningkatkan kemahiran
                berkomunikasi dalam kalangan bakal guru di Malaysia.


                5.2.4  Tahap Mencari dan Mengurus Maklumat yang Relevan

                Dapatan kajian menunjukkan min keseluruhan bagi empat item aspek kemahiran mengakses
                maklumat berada pada tahap tinggi. Menurut Saemah dan Siti Fatimah (2008), mengakses
                bahan daripada Internet merupakan salah satu ciri utama dalam pembelajaran era digital dan
                globalisasi. Mereka juga menekankan kemahiran memproses dan mempelajari bahan
                berbentuk hiperteks, membuat refleksi meta kognitif bagi menjelaskan langkah-langkah yang
                diambil dalam mengakses dan mempelajari bahan hipertensi secara atas talian. Dalam erti
                kata lain kemahiran mengakses maklumat sangat ditekankan dan begitu penting bagi guru
                baharu.

                      Dalam aspek kemahiran penilaian guru baharu PISMP, mereka perlu mahir membuat
                penilaian dalam mengekstrak maklumat yang penting dari sumber, menganalisis maklumat
                yang diekstrak, mentafsir maklumat yang dianalisis, menggabung maklumat yang ditaksir,
                menilai ketepatan maklumat yang digabung, menyusun maklumat dan mengkategorikan dan
                mengelompokkan maklumat (Association of College and Research Libraries, 2000). Ciri-ciri
                ini melibatkan proses menganalisis dan mensintesiskan maklumat yang ada berdasarkan
                penilaian guru. Ini adalah selari dengan pandangan  Association of College and Research
                Libraries (2000), dalam  Information Literacy Competency Standards  for Higher Education
                yang mengatakan  bahawa seorang  pelajar yang  celik maklumat (information literate)
                berkebolehan mengenal pasti jenis dan tahap maklumat yang diperlukan, mencapai


                                                     66
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87