Page 15 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 15

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 7

































                                    Rajah 2. Adaptasi daripada Fullan, M., et.al (2018)


               Berdasarkan  kepada Rajah 2,  Model  Reka Bentuk Pembelajaran  Bermakna  terdiri
               daripada  empat  elemen  iaitu  amalan  pedagogi,  rakan  pembelajaran,  persekitaran
               pembelajaran, dan pemanfaatan digital. Manakala kompetensi global 6C merangkumi
               sahsiah,  kewarganegaraan,  kolaboratif,  komunikasi,  kreativiti  dan  pemikiran  kritis
               (Ellyza Karim, Nor’Azah, Noor Haslinda, Haliza Hamzah, Norhayati Hashim dan Mohd
               Paris Salleh, 2020; Fullan, Quinn, & McEachen, 2018).

                       Draf  item  Instrumen  KPPB  telah  disemak  oleh  pakar  yang  terdiri  daripada
               Pasukan  Task  Force  KPPB  IPGM bagi menentukan  kesahan  instrumen.  Dari  segi
               bahasa, draf item disemak oleh dua pakar bahasa yang merupakan Munsyi Dewan
               yang  bertugas  sebagai  pensyarah  di  IPGK.  Berdasarkan  maklum  balas  pakar
               kandungan dan bahasa, beberapa item telah dimurnikan dan disahkan semula oleh
               pakar. Instrumen KPPB telah diuji rintis di sebuah kampus IPG untuk menentukan nilai
               kebolehpercayaan. Sehubungan itu, teknik analisis statistik Alfa Cronbach digunakan
               untuk menentukan tahap kebolehpercayaan instrumen. Setelah diuji rintis, instrumen
               KPPB didapati mempunyai tahap kebolehpercayaan yang sesuai dan boleh diterima
               digunakan untuk tujuan kajian.

                       Draf  akhir  Instrumen  KPPB  yang  memenuhi  kriteria  kesahan  dan
               kebolehpercayaan yang tinggi terdiri daripada dua dimensi iaitu (1) dimensi Kapasiti
               Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) dan (2) kompetensi global 6C.  Manakala
               dimensi  KPPBb  terdiri  daripada  empat  sub-dimensi  yang  masing-masing  terdiri
               daripada  10  item  iaitu  amalan  pedagogi,  rakan  pembelajaran,  persekitaran
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20