Page 16 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 16
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 8
pembelajaran, dan pemanfaatan digital. Taburan item mengikut dimensi dan sub-
dimensi seperti mana berikut:
1. Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (40 item)
a. Amalan Pedagogi
b. Rakan Pembelajaran
c. Persekitaran Pembelajaran
d. Pemanfaatan digital
2. Kompetensi Global (6 item)
PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
Arahan mengisi Instrumen KPPB telah dikeluarkan oleh IPGM kepada semua
Pengarah IPG Kampus yang terlibat. Responden diberikan masa lima minggu (4 Jan
2021 – 20 Mac 2021) untuk melengkapkan Instrumen KPPB.
KAEDAH ANALISIS DATA
Instrumen KPPB dianalisis untuk menghasilkan Profil Kompetensi KPPB dalam
kalangan para pensyarah IPG. Oleh itu, Instrumen KPPB dianalisis dengan
melaporkan statistik deskriptif (frekuensi, peratus dan min) bagi setiap dimensi dalam
Instrumen KPPB.
Berasaskan kepada Nunally (1978), tahap kompetensi ditentukan berdasarkan tiga
tahap iaitu tahap rendah, sederhana dan tinggi dengan merujuk julat min sepertimana
ditunjukkan dalam Jadual 1.
Jadual 1 Tafsiran Min Instrumen KPPB
Julat Min Tahap Kompetensi
1.00 ≤ x ≤ 1.99 Rendah
2.00 ≤ x ≤ 2.99 Sederhana
3.00 ≤ x ≤ 4.00 Tinggi
Berdasarkan Jadual 1, julat min 1.00 ≤ x ≤ 1.99 dikategorikan tahap kompetensi
rendah, julat min 2.00 ≤ x ≤ 2.99 dikategorikan sebagai tahap kompetensi sederhana,
dan julat min 3.00 ≤ x ≤ 4.00 dikategorikan sebagai tahap kompetensi tinggi. Tujuan
mengasingkan analisis data pensyarah adalah untuk memudahkan IPGM mengenal
pasti jenis pengetahuan yang telah dikuasai atau masih memerlukan bimbingan
seterusnya.

