Page 155 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 155

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 147

                         Berdasarkan Rajah 1, pembelajaran bermakna merujuk kepada kebolehan
               pelajar mencipta dan menggunakan pengetahuan baharu dalam kehidupan sebenar
               yang boleh dicapai oleh pelajar melalui pembangunan kapasiti pedagogi guru. Dalam
               hal ini, pelajar dan guru bekerja sama sebagai rakan pembelajaran dalam menguasai
               dan  meneroka  kandungan  dengan  disokong  oleh  teknologi  digital  yang  bersifat
               “ubiquitous”  (Fullan,  2013;  Fullan  &  Langworthy,  2013).  Konsep  pembelajaran
               bermakna ini berbeza dengan konsep pembelajaran sebelumnya yang mementingkan
               kepada penguasaan kandungan.

                         Set atribut ini adalah selaras dengan kompetensi pembelajaran bermakna
               yang dicadangkan oleh Fullan, McEachen dan Quinn (2016) melalui  New Pedagogies
               for  Deep  Learning  (NPDL).  Enam  kompetensi  pembelajaran  bermakna  (6C)  yang
               diperlukan oleh semua pelajar untuk berjaya. Ini disokong oleh kajian yang dijalankan
               oleh  Ellyza,  Nor’  Azah,  Noor  Haslinda,  dan  Azerai  (2020)  yang  menegaskan
               kepentingan  kompetensi  global  6C  bagi  mencapai  transformasi  pendidikan.
               Kompetensi  pembelajaran  bermakna  terdiri  daripada  sahsiah,  kewarganegaraan,
               kolaboratif, komunikasi, kreativiti dan pemikiran kritis. Antara langkah untuk mencapai
               pembelajaran  bermakna  adalah  melalui  pemanfaatan  teknologi  digital.  Oleh  itu,
               pensyarah  di  IPG  perlu  membangunkan  kompetensi    pemanfaatan  digital  sejajar
               dengan keperluan dalam pengajaran dan pembelajaran.

                         Berdasarkan kepada Fullan, McEachen dan Quinn (2018), terdapat empat
               elemen  yang  harus  dilaksanakan  dengan  bijak  untuk  mencapai  pembelajaran
               bermakna iaitu  (1) amalan pedagogi; (2) perkongsian pembelajaran; (3) persekitaran
               pembelajaran; dan (4) pemanfaatan digital. Manakala kenyataan Jacobs dan Alcock
               (2017)  didapati  sejajar  dengan  Fullan,  McEachen  dan  Quinn  (2018)  dalam
               menjelaskan kapasiti guru kontemporari. Menurut mereka kapasiti guru kontemporari
               terdiri daripada enam bentuk kerja guru: guru sebagai pelajar profesional diri; guru
               sebagai  kontraktor  sosial;  guru  sebagai  pengkritik  media,  pembuat  media,  dan
               penerbit;  guru  sebagai  pereka  inovatif;  guru  sebagai  warganegara  yang  berkaitan
               secara  global;  dan  guru  sebagai  pendukung  untuk  pembelajaran  dan  pelajar.  Ini
               menunjukkan,  kompetensi  pemanfaaatan  digital  dalam  kalangan  pensyarah  IPG
               adalah  amat  diperlukan  dalam  pelaksanaan  KPPB.  Sehubungan  itu,  tahap
               kompetensi  pemanfaatan  digital  pensyarah  IPG  dalam  pelaksanaan  KPPB  perlu
               dikenal  pasti  dan  dikaji  sebagai  langkah  awal  transformasi  peningkatan  kapasiti
               pensyarah IPG ke arah pelaksanaan pedagogi kontemporari (Jacobs & Alcock, 2017).


               PERNYATAAN MASALAH

               Bell  (2018)  menjelaskan  bahawa  dunia  pendidikan  perlu  berubah  sejajar  dengan
               keperluan dunia sebenar.  Menurut Bell, teknologi digital khususnya telah mengubah
               cara belajar. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa teknologi bukanlah
               penyelesaian tetapi lebih kepada peluang untuk menyelesaikan masalah. Sementara
   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160