Page 156 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 156

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 148

               itu,  pendapat  ini  adalah  konsisten  dengan  Kolb  (2017)  yang  menyarankan  prinsip
               pembelajaran yang pertama, teknologi yang kedua ketika berurusan dengan integrasi
               teknologi.  Kolb  (2017)  mencadangkan  bahawa  pelajar  mesti  terlibat  dengan  hasil
               pembelajaran, meningkatkan pembelajaran dengan teknologi dan dapat melanjutkan
               pembelajaran mereka kepada amalan praktikal atau dunia sebenar. Kolb (2017) telah
               memperkenalkan  Kerangka  Kerja  3E  yang  berusaha  untuk  menentukan  apa  yang
               berkesan  semasa  mengintegrasikan  alat  teknologi  yang  dapat  menyokong
               pencapaian matlamat pembelajaran. Kerangka kerja ini berdasarkan tiga komponen:
               Pelibatan  ke  arah  matlamat  pembelajaran,  Pengembangan  ke  arah  matlamat
               pembelajaran,  dan  Perluasan  ke  atas  matlamat  pembelajaran.  Ringkasnya,
               penggunaan teknologi digital bukan langkah automatik yang menjamin pencapaian
               pembelajaran  bermakna.  Tahap  kompetensi  yang  tinggi  diperlukan  bagi
               membolehkan  teknologi  digital  dapat  dimanfaatkan  bagi  mencapai  pembelajaran
               bermakna.  Oleh  itu,  kajian  bagi  mengenal  tahap-tahap  kompetensi  pemanfaatan
               digital pensyarah IPG dalam pelaksanaan KPPB adalah diperlukan bagi menentukan
               langkah peningkatan profesional yang diperlukan oleh pensyarah.

                         Fullan,  Quinn,  dan  McEachen  (2018),  menjelaskan  bahawa  kompetensi
               global  6C  adalah  termasuk  pemerolehan  pengetahuan  secara  bermakna  dan
               pemahaman tentang isu-isu global dan antara budaya; keupayaan untuk belajar dari
               dan hidup dengan orang daripada pelbagai latar belakang; dan sikap dan nilai yang
               diperlukan untuk berinteraksi dengan hormat dengan orang lain. Berasaskan kajian
               oleh  Ellyza,  Nor’Azah,  Noor  Haslinda,  Haliza,  Norhayati  dan  Mohd  Paris  (2020),
               kompetensi global 6C dapat dikembangkan dalam kalangan pelajar melalui pedagogi
               baharu. Antaranya merujuk kepada pemanfaatan elemen digital dalam pelaksanaan
               pengajaran dan pembelajaran.  Walau bagaimanapun, elemen digital yang digunakan
               dalam pedagogi baharu ini merangkumi bidang tumpuan utama mengenai reka bentuk
               dan  keberkesanan  KPPB.  Malah,  pemanfaatan  digital  adalah  salah  satu  dimensi
               penting  dalam  setiap  elemen  6C.  Berdasarkan  Fullan  (2013),  memanfaatkan
               perkembangan digital dapat dibangunkan dan diukur dengan rubrik kemajuan: bukti
               terbatas, muncul, berkembang, memecut, dan mahir. Penggunaan teknologi digital
               dalam  pendidikan  telah  menunjukkan  bahawa  teknologi  digital  sahaja  bukanlah
               jawapan dari hasil belajar yang mendalam. Pembelajaran bermakna dalam tindakan
               dan hasilnya merangkumi teknologi digital sebagai pencapaian hasil pembelajaran,
               sedangkan  pedagogi  baharu  yang  dilaksanakan  oleh  guru  dan  dipercepat  oleh
               teknologi digital, adalah pemacu yang sebenar dalam pengajaran dan pembelajaran.
               Dalam  kebanyakan  kes,  pelajar  dan  rakan  pembelajaran  memanfaatkan  teknologi
               digital untuk mengumpulkan maklumat, berkomunikasi dan berhubung dengan orang
               lain,  membuat  alat  dan  pembelajaran  baharu,  dan  sebaliknya  membolehkan  atau
               meningkatkan  pembangunan  6C  (Fullan,M  &  Langworthy,  2014).    Ini  melibatkan
               penggunaan  pelbagai  jenis  perisian  bagi  menyokong  aktiviti  pengajaran  dan
               pembelajaran.  Oleh  itu,  tahap  kompetensi  menggunakan  perisian  dalam  kalangan
               pensyarah  IPG  semasa  pelaksanaan  KPPB  perlu  dikenal  pasti  kerana  peranan
               pentingnya dalam pembangunan langsung kompetensi pembelajaran bermakna.
   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161