Page 173 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 173

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 165

               talian  menggunakan  Google  Form.  Data  kajian  dianalisis  dengan  menggunakan
               perisian SPSS Versi 22. Interpretasi skor min mengikut pandangan Li (2013) seperti
               berikut.


               Jadual 1: Interpretasi Tahap Min

                      Skor Min                            Interpretasi Tahap Min
                      1.00 – 3.33                         Rendah
                      3.34 – 6.67                         Sederhana
                      6.68 – 10.00                        Tinggi


                     Sumber: Li, Q. 2013



               Dapatan Kajian

               Dapatan kajian dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A yang memfokuskan
               kepada  latar  belakang  responden  dan  peralatan  yang  digunakan  oleh  pensyarah
               dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Manakala Bahagian
               B menjelaskan maklum balas terhadap tahap kepuasan dalam kalangan pelajar serta
               isu dan cabaran yang dihadapi dalam mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran
               secara atas talian.

               Demografi responden.
               Rajah  1  menunjukkan  maklumat  responden  yang  menjawab  kajian.  Berdasarkan
               Rajah 1 didapati bilangan responden dalam kalangan pelajar Program Ijazah Sarjana
               Muda  Perguruan  adalah  seramai  453  orang  pelajar  (71%).  Manakala  responden
               dalam kalangan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan adalah seramai
               144  orang  iaitu  22.6%  dan  responden  dalam  kalangan  pelajar  Program  Diploma
               Pendidkan  Pascasiswazah  adalah  seramai  41  orang  (6.4%).  Jumlah  keseluruhan
               responden adalah 638 orang.



























                                              Rajah 1: Maklumat responden
   168   169   170   171   172   173   174   175   176   177   178