Page 27 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 27
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 19
lain yang mempengaruhi remaja ini seperti sekolah, rakan sebaya dan masyarakat
disekelilingnya. Di sekolah, pelajar akan meniru tingkah laku rakan sebaya samada
tingkah laku positif atau negatif untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran di
sekolah (Bandura, A., 1977). Remaja mudah terpengaruh dengan tingkah laku
delinkuen rakan sebaya dan kecenderungan sikap dan personaliti mereka hampir
sama antara satu sama lain (Slagt, M. et al., 2015).
Dalam masyarakat, keluarga merupakan tempat anak-anak akan mendapatkan
sokongan, perlindungan dan perkembangan emosi dalam kehidupannya. Sekiranya
berlaku penceraian di antara ibu bapa, penderaan atau pergaduhan dalam keluaga,
anak-anak ini akan merasa kehilangan sokongan emosi serta kasih sayang. Oleh
sebab itu, konflik emosi berlaku yang boleh menzahirkan emosi negatif seperti
kemarahan, sedih, takut, rasa bersalah dan malu (Norhayati & Zaidah, 2016).
PENYATAAN MASALAH
Tingkah laku delinkuen dalam kalangan remaja semakin membimbangkan terutama
yang melibatkan masalah disiplin di sekolah dan penyalahgunaan dadah. Kajian oleh
Nurul Atiqah (2019) mendapati faktor utama remaja berisiko ialah pengaruh rakan
sebaya, diikuti keluarga, media sosial, guru dan persekitaran sekolah.
Jika ditinjau, penyebab tingkah laku delinkuen dalam kalangan remaja berisiko
juga berkaitan dengan masalah psikologi terutama personaliti, tingkah laku dan emosi.
Terdapat beberapa kajian lepas yang telah dijalankan berkaitan faktor dalaman seperti
personaliti dengan penyalahgunaan dadah (Zilberman, N., et al., 2018), tingkah laku
agresif dalam kalangan Mat Rempit (Zalmizy, 2017), teknik mindfulness sebagai
mediator bagi meningkatkan regulasi emosi positif remaja berisiko (Tejena, N., R., et
al., 2018) dan pengaruh keluarga mempengaruhi tingkah laku remaja terlibat dengan
penyalahgunaan dadah dan alkohol (Ewing, B. A., et al., 2015).
Personaliti dianggap faktor penting mempengaruhi tingkah laku remaja
termasuklah tingkah laku delinkuen (Ljubin-Golub, T., et al., 2017). Kajian oleh Tong,
T. S., et al., (2014) menyatakan pengaruh budaya dalam keluarga atau masyarakat
sekeliling boleh mempengaruhi personaliti remaja yang membawa kepada tingkah
laku berisiko yang mana cenderung ke arah peningkatan emosi yang negatif, tidak
peduli terhadap orang lain dan antisosial.

