Page 26 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 26

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 18

               PENDAHULUAN

               Masalah  sosial  remaja  merujuk  kepada  perbuatan  dan  aktiviti  remaja  yang
               berlawanan dengan norma-norma masyarakat, undang-undang negara dan agama
               yang dikategorikan sebagai kes juvana (Ma Razhanlaily & Salasiah, 2017). Isu remaja
               bermula dengan isu budaya lepak dalam kalangan remaja sehingga timbul isu-isu lain
               seperti lari dari rumah, pembuangan bayi, budaya punk dan metal dan lain-lain budaya
               diperkenalkan oleh golongan remaja khususnya di kawasan bandar. Semakin lama
               isu-isu  tentang  remaja  semakin  tular diperkatakan  apabila mereka  semakin  berani
               untuk  meneroka  tingkah  laku  delinkuen  yang  bersifat  agresif  dan  mendatangkan
               kesan buruk seperti penyalahgunaan dadah dan jenayah (Md Nawi, et al., 2017).

                       Perkembangan tingkah laku remaja dicorakkan oleh faktor-faktor persekitaran
               keluarga, persekitaran sosial dan budaya untuk menyesuaikan dirinya dengan orang
               sekelilingnya. Semasa tahap perkembangan remaja, emosi dan tingkah laku remaja
               lebih mudah dipengaruhi oleh faktor psikologi dan faktor luaran berbanding dengan
               orang  dewasa.  Remaja  akan  bertindak  berdasarkan  persekitaran  yang  dialami
               olehnya  yang  boleh  mempengaruhi  perkembangan  dan  personaliti  mereka  untuk
               mendapatkan  perhatian,  sokongan  sosial  dan  kasih  sayang  (Faizah,  et  al.,  2018).
               Pengaruh rakan sebaya adalah salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan
               remaja.  Mereka  banyak  menghabiskan  masa  rakan-rakan  berbanding  bersama
               keluarga bagi membentuk pengaruh yang kuat dalam kelompok. Mereka juga lebih
               sensitif  mengenai  penerimaan  atau  penolakan  daripada  rakan  sebaya  terhadap
               dirinya (Orben, A., et al., 2020).

                       Remaja berisiko juga dikaitkan dengan faktor perkembangan psikologi remaja
               yang  mengalami  gangguan  psikologi  seperti  kemurungan  dan  kebimbangan  yang
               berlaku semasa kanak-kanak boleh memberi kesan kepada tingkah laku bermasalah
               semasa  remaja.  Contohnya,  masalah  antisosial  semasa  kanak-kanak  akan
               meningkatkan risiko kepada tingkah laku antisosial di peringkat remaja (Azyyati, et al.,
               2015). Hofmann, V., et al. (2020) menyatakan tingkah laku antisosial dalam kalangan
               remaja dicirikan sebagai tidak melibatkan diri dalam masyarakat samada di rumah
               atau  di  sekolah.  Tingkah  laku  ini  merangkumi  serangan  verbal/fizikal  terhadap
               seseorang,  tingkah  laku  jenayah,  ponteng  sekolah  dan  penyalahgunaan  bahan.
               Konflik  dalaman  dan  konflik  luaran  yang  negatif  menyebabkan  remaja  berpotensi
               untuk  merasa  terancam  dan  tertekan  dengan  keadaan  atau  persekitaran  yang
               mengganggu kehidupannya (Sekol, I., 2016).

                       Seseorang  remaja  boleh  dianggap  berisiko  jika  mempunyai  latar  belakang
               keluarga  dan  persekitaran  tempat  yang  berisiko  dan  boleh  mempengaruhi
               perkembangannya. Latar belakang dan persekitaran keluarga yang berisiko seperti
               kemiskinan, ibu / bapa tunggal dan tahap pendidikan yang rendah. Remaja berisiko
               dapat dikenal pasti melalui rekod kehadiran ke sekolah, tinjauan terhadap remaja dan
               keluarganya, statistik populasi dan sebagainya (Azlina et al., 2018). Selain itu, faktor
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31