Page 28 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 28

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 20

                       Di  sekolah,  tingkah  laku  buli  juga  dikaitkan  dengan  regulasi  emosi  remaja
               berisiko.  Regulasi  emosi  yang  teruk  seperti  tidak  dapat  mengawal  emosi  marah,
               menyalahkan  diri  sendiri  dan  kesalahan  disiplin  yang  lain  juga  boleh  membawa
               kepada tingkah laku agresif (Georgiou, S., N., et al., 2021). Ini juga dinyatakan dalam
               kajian oleh Roos, S., et al. (2015) menyatakan remaja yang tidak dapat mengawal
               regulasi emosinya akan mengalami rasa bersalah dan malu yang tinggi. Emosi yang
               terganggu  memberi  peluang  kepada  mereka  untuk  melakukan  tingkah  laku  yang
               berisiko dan berbahaya.

                       Berdasarkan faktor psikologi yang telah dinyatakan, pengkaji ingin mengenal
               pasti tahap personaliti, tingkah laku agresif dan regulasi emosi dalam kalangan remaja
               berisiko di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Changgang, Banting, Selangor.



               OBJEKTIF KAJIAN

               Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk melihat personaliti, tingkah laku agresif dan
               konflik emosi terhadap tingkah laku penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja
               berisiko di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Changgang.

                   1.  Mengenalpasti      tahap    personaliti   (Ekstraversion,     Conscientiousness,
                       Agreeableness, Neuroticism dan Openness) dalam kalangan remaja berisiko.
                   2.  Mengenalpasti tahap tingkah laku agresif dalam kalangan remaja berisiko.
                   3.  Mengenalpasti tahap regulasi emosi dalam kalangan remaja berisiko.




               PERSOALAN KAJIAN

                   1.  Apakah tahap personaliti (Ekstraversion, Conscientiousness, Agreeableness,
                       Neuroticism dan Openness) dalam kalangan remaja berisiko?
                   2.  Apakah tahap tingkah laku agresif dalam kalangan remaja berisiko?
                   3.  Apakah tahap regulasi emosi dalam kalangan remaja berisiko?

               KEPENTINGAN KAJIAN

               Kajian  ini  dijalankan  terhadap  remaja  berisiko  yang  berada  di  Sekolah  Menengah
               Kebangsaan Bukit Changgang, Banting, Selangor yang mana sekolah ini merupakan
               sekolah hotspot di daerah Kuala Langat. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah
               hotspot kerana salah laku disiplin murid yang dinyatakan dalam Sistem Sahsiah Diri
               Murid (SSDM) adalah tinggi seperti merokok, ponteng sekolah, tingkah laku jenayah,
               vandalism dan penyalahgunaan dadah.

                       Kajian ini adalah untuk membantu guru bimbingan dan kaunseling di sekolah
               supaya lebih memahami diri pelajar berisiko dengan lebih dekat lagi yang mana tiada
               unsur  melabel  atau  menghukum  seseorang  pelajar  sesuka  hati  tanpa  mengetahui
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33