Page 25 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 25

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 17

                   TAHAP PERSONALITI, TINGKAH LAKU AGRESIF DAN REGULASI EMOSI
                                     DALAM KALANGAN REMAJA BERISIKO

                   1 Affaiza Dawam;  Yusni binti Mohamad Yusop, Phd;  Nor binti Zainudin, PhD &
                                                                           3
                                     2
                                       4 Wan Norhayati binti Wan Othman, PhD

                        1,2,3,4 Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia, Selangor

                                               faizazan2579@gmail.com



                                                        Abstrak

               Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap personaliti, tingkah laku agresif dan
               regulasi emosi dalam kalangan remaja berisiko. Seramai 127 orang remaja berisiko
               daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Changgang, Banting, Selangor telah
               dipilih  secara  rawak  sebagai  responden  kajian.  Kajian  ini  dijalankan  menerusi
               pendekatan  kuantitatif.  Data  dikumpul  melalui  soal  selidik  yang  diterjemahkan
               daripada  The  Big  Five  Inventory  (BFI)  oleh  John,  Donahue  dan  Kentle  (1991),
               Aggression  Questionnaire  oleh  Buss  dan  Perry  (1992)  dan  Emotional  Regulation
               Index for Children and Adolescent (ERICA) oleh Macdermotte, et al. (2010). Bagi
               tujuan analisis data, statistik yang digunakan adalah analisis diskriptif untuk melihat
               tahap  setiap  pembolehubah.  Dapatan  kajian  menunjukkan  bahawa  personaliti,
               tingkah laku agresif dan regulasi emosi remaja berisiko berada di tahap sederhana.
               Berdasarkan dapatan ini, intervensi yang bersesuaian diperlukan dalam membantu
               remaja berisiko tidak terlibat dalam tingkah laku delinkuen.


               Kata Kunci: remaja berisiko, personaliti, tingkah laku agresif, regulasi emosi


                                                        Abstract

               This study aimed to identify personality, aggressive behavior and emotional regulation
               among at-risk adolescent. A total of 127 at-risk adolescents from Sekolah Menengah
               Kebangsaan  Bukit  Changgang,  Banting,  Selangor  were  randomly  selected  as
               respondents. This study was conducted through a quantitative approach. Data was
               collected  through  a  questionnaire  translated  from  The  Big  Five  Inventory  (BFI)  by
               John,  Donahue  dan  Kentle  (1991),  Aggression  Questionnaire  by  Buss  and  Perry
               (1992) and The Emotional Regulation Index for Children and Adolescent (ERICA) by
               Macdermotte, et al. (2010). For the purpose of data analysis, the statistics used were
               descriptive analysis to see the level between the variables. The findings of the study
               indicated that all levels of at-risk adolescent variables were at moderate levels. Based
               on these findings, appropriate interventions are needed to help at-risk adolescent not
               engage in delinquent behavior.

               Keywords: at-risk teenagers, personality, aggressive behavior, emotion regulation.
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30