Page 22 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 22
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 14
Sehubungan itu, dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan sub-dimensi
amalan pedagogi mencatatkan persetujuan melebihi 40 peratus kecuali item 5, 6, dan
10. Item 5 dan 6 merupakan item yang berkaitan amalan pedagogi kontemporari
manakala item 10 adalah berkaitan amalan pedagogi klasik. Item 10 menunjukkan
bagi aspek amalan pedagogi klasik, responden masih kurang menguasai strategi
pembangunan kompetensi global (6C) berbanding amalan pedagogi lain. Begitu juga
dengan sub-dimensi Rakan Pembelajaran yang mencatatkan persetujuan melebihi 40
peratus (skor 3 dan 4). Dapatan ini menunjukkan responden berkemahiran dalam
melaksanakan perkongsian pembelajaran yang melibatkan Rakan Pembelajaran bagi
mencapai kejayaan matlamat pembelajaran dan tugasan pelajar dalam pedagogi.
Dapatan ini menjelaskan amalan pedagogi perlu terus diberi perhatian dan tindakan
lanjut oleh pihak pengurusan di peringkat IPG dan IPGM. Langkah ini sejajar dengan
saranan oleh Jacob dan Alcock (2017) supaya kapasiti pedagogi pensyarah IPG dapat
ditingkatkan ke arah pedagogi kontemporari.
Bagi sub-dimensi Persekitaran Pembelajaran pula mencatatkan persetujuan
melebihi 40 peratus (tahap skor 3 dan 4) kecuali item 7, 8, 9 dan 10 yang berkaitan
dengan penggunaan teknologi digital. Manakala bagi aspek kompetensi sub dimensi
memanfaatkan Kemudahan Digital, sejumlah 39.66% peratus pensyarah berada pada
tahap yang tinggi penguasaan mereka dalam (Jadual 7). Hal ini bermakna, pensyarah-
pensyarah IPG juga bersedia memanfaatkan digital dalam PdP berdasarkan
kerangkan kerja 3E (Kolb, 2017, 2020). Penguasaan dalam pemanfaatan Digital
sebegini memberi peluang kepada para pensyarah untuk memanfaatkan kemudahan
digital dalam PdP bagi melangkaui ekosistem pembelajaran dinamik (Bell, 2018).
Berdasarkan kepada Bell (2018), pensyarah perlu cekap mengintegrasikan teknologi
untuk pembelajaran dan bukan sekadar mahir teknologi semata-mata. Namun, masih
terdapat sejumlah 1135 orang (37.83%) berada pada tahap sederhana dan 22.50%
iaitu seramai 675 pensyarah. Oleh itu, dicadangkan latihan bagi mempertingkatkan
penguasaan dalam Pemanfaatan Digital khusus bagi pensyarah yang perlu
ditingkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam pemanfaatan digital untuk
mempastikan pencapaian pembelajaran bermakna dalam kalangan pelajar.
Penguasaan Para Pensyarah Dalam Menguasai Kompetensi Global 6C.
Dapatan kajian menunjukkan para pensyarah yang berada pada kategori tinggi bagi
penguasaan dimensi kompetensi global 6C adalah sebanyak 49.63%. Ini
menunjukkan para pensyarah IPG menguasai kompetensi global 6C. Berdasarkan
kepada Fullan, Quinn, dan McEachen (2018), kompetensi global 6C merangkumi
sahsiah, kewarganegaraan, kolaboratif, komunikasi, kreativiti dan pemikiran kritis.
Namun, kompetensi global para pensyarah IPG adalah melalui penyertaan komuniti
dalam talian yang berfokuskan pendidikan. Ruang dan peluang ini tidak boleh didapati
oleh para pensyarah yang masih melaksanakan pedagogi lama dalam PdP mereka.

