Page 23 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 23
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 15
Dapatan kajian ini memerihalkan kepentingan pengetahuan dalam pedagogi
terkini bagi menyemarakkan pendidikan dalam konteks Institut Pendidikan Guru (IPG)
sebagai peneraju pusat kecemerlangan KPPB melangkaui Ekosistem Pembelajaran
Dinamik (Bell, 2018) dan merealisasikan latihan keguruan yang bertaraf dunia
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).
KESIMPULAN
Keseluruhannya, para pensyarah mempunyai tahap penguasaan kompetensi kapasiti
pedagogi yang berbeza-beza. Ini juga ditunjukkan bagi penguasaan dalam sub
dimensi amalan pedagogi, rakan pembelajaran, persekitaran pembelajaran, dan
pemanfaatan digital. Sebahagian besar para pensyarah dapat menguasai dan
melaksanakan KPPB dengan baik dalam proses PdP masa kini. Sesungguhnya, PdP
semasa pandemik ini mencabar para pensyarah dalam mengubah suai kaedah
pengajaran dalam memastikan proses pembelajaran berlaku dan berterusan.
Pelaksanaan KPPB dapat memastikan IPG Kampus memainkan peranan besar
dalam melahirkan bakal guru dengan menyediakan pengetahuan dan kemahiran
sebanyak mungkin beserta kecekapan berfikir dalam mengubah suai kaedah
pengajaran berdasarkan situasi semasa terutamanya di musim pandemik ini.
Kejayaan inisiatif perluasan pengetahuan pensyarah terhadap KPPB adalah
berhubung kait dengan kesediaan pensyarah, khususnya dari segi pengetahuan dan
kemahiran untuk melaksanakan pembelajaran bermakna yang selaras dengan
kerangka KPPB. Walau bagaimanapun, program latihan perlu juga diadakan bagi
memantapkan kapasiti pedagogi para pensyarah yang masih berada pada
penguasaan tahap rendah.
Rujukan
Bell. K. (2018). Shake up learning: Practical ideas to move learning from static to
dynamic. California: ISTE.
Ellyza Karim, Nor’Azah Ahmad Safran, Noor Haslinda Shuib , Haliza Hamzah,
Norhayati Hashim dan Mohd Paris Salleh. (2020). 6C Levels among Trainee
Teachers upon the Implementation of NPDL in a Teacher Training Institute.
International Journal of Innovation, Creativity and Change. Volume 11, Issue 11
Fullan, M., & Langworthy, M. (2014). A rich seam: How pedagogies find deep learning.
Diperoleh daripada Fullan, M., & Langworthy, M. (2014). A rich seam: How
pedagogies find deep learning.
Fullan, M. (2011). The six secrets of change: What the best leaders do to help their
organizations survive and thrive. San Francisco, CA: Jossey- Bass.

