Page 46 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 46
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 38
KEPENTINGAN KAJIAN
Penularan wabak COVID-19 merupakan krisis global yang bukan sahaja
menyebabkan pembelajaran dan pengajaran secara bersemuka tertangguh, bahkan
menjadikan tanggungjawab dan peranan pendidik begitu mencabar. Cabaran yang
dihadapi oleh dunia pendidikan secara globalnya perlu kepada penyesuaian dengan
norma baharu dan perubahan kehidupan dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) secara dalam talian. Perubahan tersebut turut memberi kesan
terhadap sistem pendidikan di seluruh dunia termasuk Malaysia. Seluruh institusi
pendidikan dalam negara telah ditutup demi keselamatan dan kesejahteraan semua
rakyat melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini merupakan suatu cabaran
yang perlu dihadapi oleh semua pendidik dalam mengadaptasikan diri mendepani
norma baharu yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan
aplikasi yang bersesuaian dengan proses penyampaian PdP secara dalam talian.
Justeru kajian ini amat penting untuk melihat bagaimana siswa pendidik mendepani
situasi seperti ini. Situasi seperti ini turut memberi cabaran kepada pelajar Institut
Pendidikan Guru Kampus Pendidikan (IPG KPI) yang mengambil Kursus Nahu
Bahasa Arab II secara dalam talian. Adalah diharapkan kajian ini dapat memberi
impak yang besar terhadap semua pendidik yang melaksanakan PdP secara dalam
talian.
METODOLOGI
Reka bentuk kajian ini adalah penyelidikan kualitatif menggunakan pendekatan kajian
kes. Data kajian telah diperoleh melalui sesi temu bual separa struktur secara dalam
talian. Untuk kesahan dan kebolehpercayaan, instrumen temu bual telah disemak oleh
pakar kajian kualitatif bagi melihat keselarasan antara objektif kajian dan persoalan
kajian. Kebolehpercayaan turut diperoleh ketika mendapatkan maklumat yang
berkaitan melalui pensyarah yang mengajar Kursus Nahu Bahasa Arab II. Ini juga
disokong dengan pemerhatian yang dilakukan sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran secara dalam talian. Kebolehpercayaan telah dicapai apabila maklumat
yang sama berulang beberapa kali dalam proses temu bual bersama informan (Patton
2015). Penyelidik juga menggunakan teknik ini semasa pengkodan data melalui
transkrip temu bual. Semua proses tersebut bersesuaian dengan pemerolehan
kesahan dan kebolehpercayaan proses kajian kualitatif.
Kajian ini melibatkan lapan orang peserta dalam kalangan siswa pendidik
Semester 2 pengkhususan Pendidikan Agama Islam di Institut Pendidikan Guru
Kampus Pendidikan Islam.Kursus Nahu Bahasa Arab II ini merupakan kursus elektif
teras yang ditawarkan kepada siswa pendidik Semester 2 PISMP pengkhususan
Pendidikan Agama Islam. Bilangan peserta kajian yang kecil ini membolehkan
pengkaji meneroka perkara yang diselidiki dengan lebih mendalam (Merriam & Tisdell
2016). Kaedah purposive sampling iaitu persampelan bertujuan digunakan dalan
pemilihan peserta kajian. Mereka hanya dikenali sebagai SP1 (Siswa Pendidik 1), SP2
(Siswa Pendidik 2), SP3 (Siswa Pendidik 3), SP4 (Siswa Pendidik 4), SP1 (Siswa

