Page 45 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 45

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 37


                       Kajian lain pula menunjukkan bahawa ramai pelajar yang mengambil bahagian
               dalam program pembelajaran di rumah mengatakan bahawa beban kerja kelas dalam
               talian  lebih  besar  daripada  kelas  biasa  (Michael  2020).  Konsensus  umum  adalah
               bahawa  program  pembelajaran  di  rumah  walaupun  sangat  bermanfaat  ia  juga
               merupakan alternatif yang baik menggantikan kelas secara fizikal di sekolah (Jered
               Chawanna, Chambers & Rebecca 2019). Namun begitu pelajar masih memerlukan
               beberapa kebiasaan kerana ia merupakan konsep baharu yang belum pernah dialami
               sebelum  ini. Kekurangan  infrastruktur rangkaian  talian  internet  yang  optimum bagi
               komuniti termiskin, akan menjarakkan lagi jurang digital kesan daripada  diskriminasi
               tersebut.  Akibatnya  kemajuan  pendidikan  menjadi  jauh  ketinggalan  kerana  tiada
               kemudahan, sokongan, galakan dan juga motivasi kepada komuniti tersebut (Indah et
               al. 2020).

                         Kajian lain juga mendapati dalam era digital global, agensi kerajaan, institusi
               pendidikan seluruh dunia semakin mempromosikan pembelajaran dalam talian yang
               mengakibatkan peralihan dari kelas bersemuka secara tradisional ke pembelajaran
               jarak jauh secara dalam talian (Fayez & Badrul 2016). Dengan kemajuan teknologi
               komunikasi  baharu,  pembelajaran  secara  dalam talian  dapat  menyediakan ekologi
               pembelajaran  yang  kaya  dan  autentik  sehingga  memudahkan  kolaborasi  antara
               pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan pendidik (Fayiz & Badrul 2016). Walau
               bagaimanapun,  pengkaji  seperti  Diane, Marie, Justan, Ailish, Jason dan  Deirdre

               (2018) telah menyatakan kebimbangan mereka mengenai kualiti pembelajaran secara
               dalam  talian  serta  meneliti  kesukaran  utama  dalam  mewujudkan  komuniti
               pembelajaran secara dalam talian. Ini kerana terdapat peratus kehadiran yang kurang
               memberangsangkan  serta  pelibatan  pelajar  dalam  masalah  sosial  yang  tinggi.
               Pembelajaran  secara  maya  adalah  solusi  terbaik  di  kala  Perintah  Kawalan
               Pergerakan. Namun dalam menghadapi kebiasaan norma baharu ini pengkaji  ingin
               meneroka bagaimanakah reaksi dan persepsi pelajar terhadap cabaran yang dihadapi
               semasa berinteraksi dalam talian bagi Kursus Nahu Bahasa Arab II. Hasil dapatan
               dari  maklum  balas  tersebut  akan  membantu  penyelidik  memperbaiki  dan
               menambahbaik amalan pedagogi secara dalam talian.



               OBJEKTIF KAJIAN

                   1.  Meneroka  cabaran  pelajar  terhadap  interaksi  Kursus  Nahu  Bahasa  Arab  II
                       secara dalam talian semasa pandemik COVID-19.

               PERSOALAN KAJIAN

                   1.  Apakah cabaran pelajar terhadap interaksi Kursus Nahu Bahasa Arab II secara
                       dalam talian semasa pandemik COVID-19?
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50