Page 47 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 47
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 39
Pendidik 5), SP6 (Siswa Pendidik 6), SP7 (Siswa Pendidik 7) dan SP8 (Siswa
Pendidik 8).
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Masalah pelajar dalam mengharungi pandemik COVID-19 merupakan masalah yang
sama dihadapi oleh semua pendidik dan pelajar secara global (Crawford, Joseph,
Kerryn, Kaplan, Matt, Bashar, Rob, Paulo& Sophia Lam (2020). Sehubungan itu, para
pendidik dan pelajar perlu menyediakan diri mereka secara fizikal dan mental
menghadapi situasi norma baharu dan dunia pendidikan sebenar dengan
pengetahuan teknologi terutama ketika berinteraksi secara dalam talian (Funmilola &
Abdul Rasaq 2020). Ternyata terdapat beberapa masalah pelaksanaan Kursus Nahu
Bahasa Arab II secara dalam talian ketika pandemik COVID-19 yang telah ditemui
melalui temu bual bersama peserta kajian.
Berdasarkan temu bual ini beberapa tema yang memperlihatkan masalah
berkaitan Kursus Nahu Bahasa Arab II secara dalam talian telah ditemui. Masalah
kebolehcapaian internet menjadi satu masalah yang amat besar kepada pelajar,
masalah minat dan motivasi turut dinyatakan oleh pelajar ketika berada di rumah
dalam jangka masa yang lama. Selain itu, pelajar turut memerhatikan masalah disiplin
rakan sekelas mereka yang hadir lewat secara dalam talian kerana pensyarah
sentiasa bertanya tentang pelajar berkenaan yang mengganggu konsentrasi atau
tumpuan pelajar lain. Persekitaran pembelajaran juga turut menjadi masalah kepada
pelajar dan begitu juga masalah konsentrasi. Selain itu, terdapat juga masalah
tekanan perasaan akibat terlalu lama berada di rumah. Berdasarkan bukti daripada
temu bual bersama pelajar maka dapat dikeluarkan tema-tema sepertimana berikut:
a. Masalah capaian internet
Masalah yang paling utama bagi interaksi Nahu Bahasa Arab II secara dalam talian
adalah capaian internet. Tidak semua tempat mempunyai capaian internet yang baik.
Hal ini menyukarkan pelajar untuk mengikuti proses PdP secara dalam talian dengan
baik. Terdapat tempat yang capaian internetnya sangat lemah bahkan "chat" juga
sukar dilakukan. Perkara ini menjadi masalah utama PdP secara dalam talian. Tema
masalah capaian internet dalam kajian ini adalah sebagaimana diperoleh dari episod
temu bual berikut:
“Capaian internet tidak sama setiap pelajar, ada yang boleh
download dengan cepat dan ada yang lambat”. SP1
“Kekurangan yang paling utama bagi PdP Nahu atas talian ini
adalah masalah internet”. SP2
“Internet amat ‘slow’ sehingga lambat hadir ke kelas online”. SP3

