Page 44 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 44

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 36

               pembelajaran  tidak  menjemukan  dan  penggunaan  kepelbagaian  aplikasi  semasa
               perlu digunakan dengan bijak untuk meningkatkan minat pelajar.

                         Dengan  kecanggihan  teknologi  maklumat  dan  komunikasi,  perlu  diketahui
               peranan yang dimainkan oleh kepelbagaian aplikasi yang mempromosikan interaksi
               sosial  yang  manakah  lebih  berkesan.  Oleh  itu  untuk  memperkembangkan
               persekitaran  pembelajaran  yang  lebih  berkesan  ketika  pandemik  Covid-19,  para
               pendidik perlu bijak menggunakan aplikasi yang sesuai agar PdP dapat disampaikan
               secara  yang  lebih  memberangsangkan  (John  2020).  Pembelajaran  secara  dalam
               talian ini boleh dianggap sebagai penyelamat bagi sesetengah pelajar terutama ketika
               Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Begitu juga pengkaji melihat bahawa kajian ini
               amat penting untuk meneroka bagaimana persepsi pelajar terhadap interaksi Kursus
               Nahu Bahasa Arab II secara dalam talian semasa pandemik COVID-19 di IPG KPI.


               PENYATAAN MASALAH

               Kajian menunjukkan bahawa pembelajaran secara dalam talian merupakan cabaran
               besar kepada  pelajar kerana  perlu  mempunyai akses  teknologi yang  baik sebagai
               petunjuk utama kesediaan belajar secara dalam talian (Lisa, Amir, Ira, Diah, Vera,
               Benso & Ria 2020). Terdapat pelajar yang tidak dapat mengikuti pembelajaran mereka
               dengan  lancar  disebabkan  rangkaian  internet  yang  tidak  menyeluruh  terutama  di
               kawasan  pedalaman  (Lokanath, Tushar,  & Abha  2020).  Selain  itu,  terdapat  dalam
               kalangan  pendidik  yang  kurang  berkemahiran  dalam  mengaplikasikan  digital  tools
               disebabkan  tidak  digunakan  langsung  sewaktu  dalam  kelas  tradisional  (Richard,
               Mary, Sohyun & Haidee 2020). Pendidik juga memerlukan lebih banyak masa untuk
               merancang  PdP  yang  sesuai  dengan  situasi  baharu  agar  isi  kandungan  yang
               disampaikan  lebih  berkesan  (Oliniyi  2020).  Kajian  lain  mendapati  terdapat  pelajar
               yang menghadapi masalah teknikal dan kesukaran dalam menyesuaikan diri dengan
               perubahan baharu yang bukan hanya mengambil masa sehari dua bahkan berbulan-
               bulan  selagi  mana  pandemik  COVID-19  belum  berakhir  (Edeh,  Onyema,  Faith  &
               Shuvro, 2020).

                         Proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian yang berlaku tidak
               seperti mana yang diharapkan kerana wujud masalah-masalah yang dihadapi oleh
               pelajar dan juga pendidik kerana PdP secara dalam talian bukanlah sesuatu yang
               mudah. Ini kerana terdapat kajian yang menunjukkan bahawa terdapat pelajar menjadi
               kurang  aktif  dalam  menyampaikan  aspirasi  dan  pemikirannya,  sehingga
               mengakibatkan pembelajaran secara dalam talian begitu membosankan (Andrea &
               Mirko 2020).  Pelajar yang mengalami kejemuan dan kebosanan dalam pembelajaran
               akan  memberi  kesan  kepada  pencapaian  akademiknya.  Ini  jelas  terbukti
               sebagaimana  kajian  yang  telah  dilakukan  oleh  Abdulrahman,  Abdelrahim,  Fathi
               & Rafdan (2020) telah mendapati  apabila timbul rasa jemu dan kurang minat serta
               kurang motivasi maka timbullah masalah disiplin yang berlaku di sebalik skrin kaku
               yang tidak kelihatan di depan mata pendidik.
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49