Page 48 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 48
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 6 / 2 0 2 1 | 40
“Masalah kebolehcapaian internet menjadikan proses untuk
download nota dan sebagainya lambat”. SP4
“Internet kurang memuaskan sebab berada di kawasan luar
bandar”. SP5
“Masalah line internet mengganggu belajar Nahu secara online”.
SP7
Masalah yang dihadapi oleh peserta kajian merupakan masalah yang sama di
hadapi oleh pelajar secara global. Christopher (2020) dalam kajiannya mendapati
hampir 90% kanak-kanak di dunia tidak bersekolah. Walaupun di negara maju, para
pendidik berjuang untuk berpindah ke pendidikan dalam talian. Sebagai contoh, di
Itali, salah satu pusat krisis korona virus, banyak pelajar kekurangan sambungan
internet asas, dan yang lain tidak mempunyai sambungan yang mencukupi untuk
membolehkan mereka menerima dan menghantar tugasan mereka (Sintema 2020).
Akses ke internet dan teknologi digital membolehkan kita bekerja, berbelanja,
berkomunikasi dan mengakses perkhidmatan penting. Semakin lama, teknologi digital
menjadi keperluan utama untuk menjalankan dan menikmati banyak hak asasi
manusia, khususnya hak untuk kebebasan bersuara dan menyampaikan maklumat
(Aziz, Mohamed Amine, Abderrahmane & Ahmed 2020).
b. Kurang minat dan motivasi
Dapatan kajian terdahulu memperlihatkan bahawa ketinggian tahap minat dan
motivasi pelajar merupakan satu penyebab besar kepada kemajuan pencapaian
pelajar dalam bahasa Arab. Semakin baik motivasi pelajar terhadap bahasa Arab
maka semakin meningkat pencapaian pelajar dalam bahasa ini. Begitu juga Kursus
Nahu Bahasa Arab II yang dipelajari oleh peserta kajian yang bukan pengkhususan
Bahasa Arab diwajibkan mengambil kursus ini sebagai elektif teras. Kurangnya minat
dan motivasi pelajar menjadi satu cabaran bagi para pendidik untuk melaksanakan
interaksi secara dalam talian. Ini juga berlaku kepada kursus Nahu Bahasa Arab II
secara dalam talian sebagaimana bukti temu bual berikut:
“Ada kala tidak begitu berminat untuk mengikuti pelajaran kerana
diuji dengan rasa malas, mengantuk, dan juga godaan yang lain
seperti tv, makanan, permainan video dan katil”. SP2
“PdP menjadi agak membosankan kerana tidak bersemuka dalam
kelas sebenar”. SP3
“Bila kelas terlalu lama secara online ni mula rasa hilang minat dan
semangat. Tapi bukan selalulah”. SP4
“Bagi saya belajar secara face to face lebih menambah rasa minat
dan motivasi untuk belajar terutama bila boleh melihat semua reaksi
pensyarah ketika mengajar secara jelas dan nyata”. SP7
“Subjek ini agak sukar sebenarnya lebih-lebih lagi kelas online...
motivasi kurang”. SP8

