Page 49 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 49

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 41


                        Kajian mendapati bahawa majoriti pelajar  masih memilih pengajian dalam kelas
               sebenar  (tradisional)  berbanding  kelas  dalam  talian  kerana  banyak  masalah  yang
               mereka hadapi ketika mengikuti kelas dalam talian. Masalah yang dikenalpasti ialah
               kurangnya  motivasi  dan  kefahaman  bahan  yang  dimuatnaik oleh  guru,  penurunan
               tahap  komunikasi  antara  pelajar  dan  tenaga  pengajar,  peningkatan  perasaan
               keterasingan dan pengabaian disebabkan bilangan pelajar yang ramai dalam kelas
               maya (Edeh et al. 2020). Kajian lain mendapati bahawa pembelajaran dalam talian
               sememangnya  memberi  kesan negatif terhadap  komunikasi  yang  berkesan antara
               pendidik dan pelajar sehingga mengurangkan minat untuk belajar (Mohammad, Lana
               &  Gharam  2020).  Selain  itu,  pelajar  harus  mengambil  kelebihan  peluang  untuk
               berkolaborasi  dengan  pelajar  lain  dalam  talian  bagi  mengelakkan  kebosanan  dan
               kejenuhan. Penglibatan pelajar secara aktif dalam talian menggambarka ntahap minat
               dan peningkatan motivasi untuk belajar sesuatu topik yang disampaikan oleh guru
               (Emily, Andrew, Lee & Monica 2020).

               c. Masalah disiplin

               Masalah disiplin pelajar tidaklah begitu ketara sebagaimana kelas bersemuka secara
               konvensional.  Apa  yang  disebut  masalah  disiplin  dalam  kalangan  pelajar  yang
               mengikuti interaksi Nahu Bahasa Arab II secara dalam talian ialah masalah disiplin
               kehadiran.  Terdapat  pelajar  yang  lewat  menghadiri  kelas  secara  dalam  talian.
               Keadaan tersebut telah diutarakan oleh pelajar berdasarkan temu bual berikut:

                        “Pelajar tidak bertanggungjawab masuk kelas sambil lewa atau
                        tidak hiraukan apa yang diajar oleh pensyarah”. SP1

                        “Terdapat pelajar yang tidak berada dalam kelas Google Meet
                        sepenuhnya...bila pensyarah panggil senyap”. SP3

                        “Pelajar tidak bertanggungjawab masuk kelas sambil lewa dan
                        lambat”. SP4

                        “Ada rakan-rakan yang tidak masuk ke kelas menyebabkan kelas
                        sering tertangguh terpaksa menunggu sehingga semua pelajar
                        masuk ke kelas”. SP5

                         “Masalah pelajar yang kurang berdisiplin terutama kehadiran”.
                        SP6

                         “Ada pelajar yang lewat masuk online kelas”. SP7

                        “Terdapat pelajar yg tidak mengambil endah kerana kelas online
                        ini tidak bersemuka”.SP8

                          Dalam suasana bilik darjah yang normal, seorang pendidik dapat mengimbas
               bilik  dengan  cepat  dan  mengukur  bagaimana  perasaan  pelajar  yang  memerlukan
               perhatian sekiranya mengalami sebarang masalah. Bagi seorang pendidik memahami
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54