Page 93 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 93

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 85

               PERSOALAN KAJIAN

               Persoalan kajian ini meliputi soalan-soalan berikut:
                   1.  Adakah penggunaan token Badge Button dapat mengurangkan tingkah laku
                       mengganggu (disruptif) kepada murid bermasalah pembelajaran dalam kelas?
                   2.  Adakah  penggunaan  token  Badge  Button  dapat  mengubah  tingkah  laku
                       disruptif kepada tingkah laku positif?


               KEPENTINGAN KAJIAN

               Melalui kajian ini, guru-guru yang mengajar murid bermasalah pembelajaran dapat
               merancang  kaedah  dan  strategi  PdPc  dengan  lebih  efektif  dan  berkualiti  dengan
               melaksanakan  teknik-teknik  pengubahsuaian  tingkah  laku  bagi  murid-murid  yang
               mengalami  masalah  tingkah  laku  negatif.  Tingkah  laku  yang  positif  hendaklah
               ditingkatkan  bagi  membantu  pengawalan  murid  di  dalam  bilik  darjah  serta
               meningkatkan tingkah laku murid yang diingini.

                       Sebagai guru Pendidikan Khas hendaklah mempelbagaikan lagi kaedah dan
               teknik dalam melaksanakan intervensi berasaskan token ekonomi sama ada secara
               berkala  mahupun  kerap  supaya  proses  komunikasi  semasa  PdPc  dapat  berjalan
               dengan lancar. Hal ini juga untuk memastikan supaya murid-murid lain tidak berasa
               terancam dengan gangguan-gangguan yang dilakukan oleh sebilangan murid yang
               mempunyai masalah disruptif.

               METODOLOGI

               Pengkaji telah memilih untuk menggunakan model kajian Kemmis & McTaggart (1988)
               sebagai  panduan  asas  bagi  melaksanakan  kajian  tindakan  ini  secara  teratur  dan
               bersistematik. Kajian ini telah dijalankan kepada murid Pendidikan Khas di SK (P)
               Bandar  Tinggi.  Dalam  model  ini  telah  menyarankan  empat  langkah  dalam  proses
               penyelidikan iaitu merefleks, merancang, bertindak dan memerhati (Rajah 1).
   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98