Page 92 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 92

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 84

               satu sistem pengurusan tingkah laku bermasalah dengan membuat pemantauan dan
               penilaian  terhadap  tingkah  laku  bermasalah  di  dalam  bilik  darjahnya.  Menurut
               Raymond (2008), pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke
               atas  tingkah  laku,  pergerakan  serta  interaksi  murid  semasa  pembelajaran
               berlangsung  supaya  pengajaran  dapat  dilaksanakan  secara  berkesan.  Lantaran
               tersebut  suatu  tindakan  modifikasi  tingkah  laku  wajar  dijalankan  terhadap  pelajar
               berkenaan.


               PENYATAAN MASALAH

               Setiap murid bermasalah pembelajaran berbeza dan unik  dari segi  keupayaan fizikal,
               kognitif  dan  tingkah  laku namun hak mereka  dalam pendidikan  tanpa mengira  latar
               belakang  sosial,  kaum  atau  perkembangan  intelek perlu  diberi perhatian (Osman
               dan Ahmed, 2007).

                       Masalah tingkah laku menganggu adalah istilah yang merujuk kepada murid
               yang mempunyai tingkah laku negatif hingga menyebabkan terganggunya proses PdP
               di  dalam  bilik  darjah.  Keseluruhan  pembelajaran  dan  pemudahcaraan  (PdPc)
               terganggu disebabkan kerap berlaku tingkah laku disruptif dalam kelas. Asizah, (2015)
               dalam kajiannya menyenaraikan faktor genetik, faktor keluarga, faktor persekitaraan
               dan akibat trauma masa lalu adalah antara faktor-faktor penyebab berlakunya tingkah
               laku disruptif.

                       Kebiasaanya  masalah  ini  wujud  apabila  keadaan  MBK  ini  kurang  kondusif
               semasa mengikuti sesi PdPc. Tingkah laku ini juga selalunya terjadi jika emosi murid
               tidak  stabil  dan  gemar  membuat  bising  serta  mengganggu  rakan-rakan  apabila
               mereka tidak faham dengan sesuatu tugasan yang diberi. Menurut Haliza dan Joy
               (2016)  masalah  dan  tingkah  laku  murid  di  dalam  bilik  darjah  akan  menjejaskan
               sosioemosi di dalam bilik darjah serta menimbulkan tekanan kepada guru. Situasi ini
               kadangkala menyebabkan guru mempersoalkan keupayaannya serta mungkin hilang
               harapan dan berputus asa terhadap pembelajaran muridnya.



               OBJEKTIF KAJIAN

               Antara objektif kajian ini adalah untuk:
                   1.  Menguji keberkesanan penggunaan token Badge Button dalam mengurangkan
                       tingkah laku mengganggu (disruptif) kepada murid bermasalah pembelajaran
                       dalam kelas.
                   2.  Menguji  keberkesanan  penggunaan  token  Badge  Button  dalam  mengubah
                       tingkah laku disruptif kepada tingkah aku positif.
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97