Page 94 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 94

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 86
































                                       Rajah 1. Model Kemmis & McTaggart (1988)

               Mereflek
               Pada  mulanya,  pengkaji  mengenalpasti  masalah  yang  timbul  pada  responden  A.
               Pengkaji  mendapati  masalah  berlaku  disebabkan  tingkah  laku  negatif  yang
               ditunjukkan oleh responden A yang suka mengganggu rakan-rakan atau lebih dikenali
               dengan tingkah laku disruptif.

               Merancang
               Pengkaji telah merancang satu penggunaan token yang dapat mengurangkan tingkah
               laku  yang  tidak  diingini  ini  dan  meningkatkan  tingkah  laku  yang  diingini  iaitu
               menumpukan perhatian di dalam kelas. Penggunaan token yang digunakan adalah
               penggunaan token ekonomi iaitu menggunakan Badge Button.

                       Badge  Button  diberikan  untuk  dikumpul  dan  ditukar  kepada  sesuatu  yang
               disukai  oleh  responden  A.  Segala  medium  pengumpulan  data  seperti  borang
               temubual  dan  senarai  semak  disediakan  dan  diisi  oleh  pengkaji.  Temubual
               dilaksanakan  bersama  guru  kelas  responden  A.  Borang  senarai  semak  pula  diisi
               berdasarkan pemerhatian yang dijalankan. Pemerhatian pengkaji terhadap responden
               telah meunjukkan bahawa responden A sering melakukan perkara-perkara seperti:
                       1.  Mengusik rakan
                       2.  Mengambil barang rakan
                       3.  Ketawa dengan kuat
                       4.  Bercakap-cakap semasa guru mengajar
                       5.  Keluar kelas tanpa kebenaran
                       6.  Memukul rakan
                       7.  Bergaduh dengan rakan
   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99