Page 95 - JURNAL PENYELIDIKAN ILMU PENDIDIKAN 2021
P. 95

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   6 / 2 0 2 1  | 87


               Bertindak
               Pengkaji telah memerhatikan kemajuan responden A serta perubahan sikap dicatat
               dan direkod sebagai bukti kajian.

                  1.    Pengkaji  melaksanakan  penggunaan  token  ekonomi  semasa  proses  PdPc
                        berdasarkan peraturan yang perlu dipatuhi seperti:
                          1.1    Duduk di tempat masing-masing ketika guru sedang mengajar.
                          1.2    Tidak bercakap-cakap ketika guru sedang mengajar.
                          1.3    Menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.
                          1.4    Mematuhi setiap arahan guru.
                          1.5    Mengangkat tangan untuk bertanya kepada guru.
                          1.6    Mengangkat tangan untuk menjawab soalan.
                          1.7    Tidak bergaduh dengan rakan-rakan.
                          1.8    Tidak keluar daripada kelas tanpa sebab.
                          1.9    Tidak membuat bising ketika guru sedang mengajar.
                          1.10  Melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

                  2.    Apabila responden A tidak melakukan tingkah laku mengganggu rakan-rakan
                        semasa PdPc, pengkaji memberikan satu Badge Button (BB) kepadanya.
                  3.    Setiap  soalan  yang  dapat  dijawab  oleh  responden  A  telah  diberikan  satu
                        Badge Button.
                  4.    Satu Badge Button juga diberikan kepada responden A selepas menyiapkan
                        tugasan yang diberikan.
                  5.    Penggunaan  token  iaitu  pemberian  Badge  Button  ini  diteruskan  sehingga
                        seminggu.  Jumlah  token  yang  diperoleh  dalam  masa  seminggu  akan
                        dikumpulkan.
                  6.    Responden  A  menukarkan  Badge  Button  tersebut  dengan  hadiah  yang
                        disediakan oleh pengkaji mengikut jumlah Badge Button yang dikumpulkan
                        mengikut peraturan pemberian seperti:
                          6.1    20 BB akan mendapat ganjaran pensel warna
                          6.2    15 BB akan mendapat ganjaran set alat tulis
                          6.3    10 BB akan mendapat ganjaran pensel dan pemadam
                          6.4    5 akan mendapat ganjaran pensel

                  7.    Pemberian token ini diteruskan selama 3 minggu, kemudian pengkaji telah
                        menilai  keberkesanan  Badge  Button  terhadap  perubahan  tingkah  laku
                        mengganggu rakan-rakan yang ditunjukkan oleh responden A. Tingkah laku
                        positif yang ditunjukkan setelah perubahan berlaku ialah:
                          7.1    Bekerjasama dengan rakan
                          7.2    Patuh arahan guru
                          7.3    Mengangkat tangan untuk menjawab soalan
                          7.4    Menyiapkan tugasan yang diberikan
                          7.5    Meminta kebenaran untuk keluar kelas
   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100