Page 164 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 164

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
                                                                             JILID 6/2021




               menangani masalah  yang kompleks dan membuat keputusan yang beretika
               (KPM, 2016).

               Kebanyakan  literatur  mengenai  kreativiti  awal  kanak-kanak bersetuju dengan
               pandangan bahawa setiap kanak-kanak mempunyai potensi untuk mencipta,
               walaupun pada  tahap  yang  berbeza.  Perspektif  yang mengatakan sesetengah
               kanak-kanak adalah kreatif sedangkan yang lain tidak kreatif adalah perlu ditolak
               (Leng Yan, 2005). Kreativiti semula jadi kanak-kanak di awal usia itu
               didominasi oleh  Fishkin  (1998),  sebagai tahap permulaan kreativiti. Kreativiti
               Germinal atau  tahap  permulaan  kreativiti  ini  dapat  ditunjukkan  dalam  aktiviti
               manipulatif, penerokaan, dan eksperimen bayi dan penggunaan ekspresi muka
               mereka atau usaha untuk mencari dan menguji erti ekspresi muka dan gerak
               isyarat orang lain (Torrance, 1997). Menurut persepsi Vygotsky (1966) terhadap
               kreativiti, tahap permulaan kreativiti paling baik boleh diperhatikan dalam
               permainan kanak-kanak, terutamanya permainan ekspresif, kerana dalam
               permainan, kanak-kanak mewujudkan keadaan khayalan.

               Ketika  mengkaji  kreativiti kanak-kanak, penting untuk difahami bahawa
               kreativiti kanak-kanak adalah berbeza daripada kreativiti orang yang lebih tua.
               Apabila bercakap tentang tingkah laku kreatif orang dewasa, pengkaji-pengkaji
               selalu memberi penekanan terhadap domain-berkaitan kemahiran (domain-
               relevant skills) mereka, seperti pengetahuan fakta, kemahiran teknikal, dan bakat
               istimewa, yang merupakan asas daripada apa sahaja yang mereka hasilkan.
               Pengkaji juga menekankan  kreativiti-berkaitan kemahiran (creativity-relevant
               skills) mereka, seperti gaya bekerja, sikap, minat untuk menjana kemungkinan
               baharu, dan keterbukaan kepada idea-idea baharu  (Amabile, 1983;  Isenberg &
               Jalongo, 2001).

               Kanak-kanak awal usia juga tidak mempunyai banyak pengalaman dan
               kepakaran seperti orang dewasa, gaya berkerja dan personaliti mereka biasanya
               belum matang (Isenberg & Jalongo, 2001).  Pickard  (1990),  juga membuat
               perbezaan antara kreativiti kanak-kanak dan kreativiti remaja atau orang dewasa.
               Beliau menunjukkan bahawa walaupun aktiviti kanak-kanak menyumbang
               kepada kreativiti personal, sejenis kreativiti yang melibatkan pentafsiran semula
               atau transformasi pengetahuan dan membawa kepada perluasan pengalaman dan
               merealisasikan dimensi atau perspektif baharu, apabila dibandingkan dengan
               aktiviti remaja atau aktiviti orang dewasa, mereka adalah seperti lebih kurang
               mungkin menyumbang kepada kreativiti umum, satu lagi jenis kreativiti yang
               memanjangkan sempadan pengalaman pengetahuan pengkaji.

               Namun  apa  sahaja  kekurangan  yang  mungkin terdapat  pada  kanak-kanak dari
               segi kepakaran, pengalaman, atau gaya, mereka boleh mengimbangi segala
               kekurangan ini dengan cara mereka berfikir dan mendekati tugasan yang unik
               (Isenberg & Jalongo, 2001). Imaginasi ditakrifkan sebagai keupayaan untuk
               membentuk imej yang banyak dan pelbagai atau konsep tentang orang, tempat,

                                                                                   159
   159   160   161   162   163   164   165   166   167   168   169