Page 163 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 163
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
(2) Saringan
Kajian ini menyaring semua berdasarkan senarai rujukan yang diperolehi
daripada teknik identifikasi dengan memilih kriteria pemilihan artikel yang
dilakukan secara automatik berdasarkan fungsi penyororotan yang tersedia di
pangkalan data yang dipilih. Kriteria yang sama digunakan di pangkalan data
sokongan dan setiap kali fungsi penyorotan tidak tersedia, bahan tersebut
dikeluarkan secara manual dan disaring secara manual.
Bagi memudahkan urusan saringan, Okoli (2015) menyarankan para penyelidik
harus menentukan jangka masa yang dapat mereka ulas. Berdasarkan proses
pencarian di pangkalan data yang dipilih, disedari bahawa jumlah kajian yang
berkaitan dengan kreativiti dan kanak-kanak telah bermula sejak perkembangan
kanak-kanak, telah lama dikenal pasti oleh pengkaji terdahulu, namun untuk
memastikan tahap kerelevan tinggi, kajian yang diterbitkan mengikut tahun akan
diambil.
(3) Pengesahan Kelayakan
Pengesahan kelayakan adalah proses ketiga di mana pengkaji memantau artikel
yang tersisa daripada proses saringan. Proses ini dilakukan dengan membaca
tajuk dan abstrak artikel dan jika masih belum ada pemahaman yang jelas
mengenai kerelevanan artikel terpilih dengan kajian, isi artikel tersebut diperiksa.
Proses ini membuang bahan yang berbentuk kertas ulasan, catatan pendua
pangkalan data, dan objektif artikel tidak menumpukan perhatian kepada
kreativiti kanak-kanak dan memberi tumpuan kreativiti secara umum tidak akan
diterima. Hasil keseluruhan daripada proses ini telah memilih lebih 30 bahan
bercetak untuk disemak dan digunakan sebagai bahan dalam sorotan ini.
DAPATAN KAJIAN
Kreativiti Awal Kanak-kanak
Perbincangan pengkaji berhubung kreativiti kanak-kanak, dilihat daripada
pelbagai perspektif. Selain daripada mempunyai ciri kreatif sejak lahir dan
semula jadi, orang yang kreatif juga mempunyai potensi untuk menjadi kreatif
dengan cara tersendiri melalui pengajaran dan latihan yang konsisten (Al Thani,
2010; Ann Mean, 2008; Fisher, 2013; Keong, 2011; Makhmalbaf & Do, 2007).
Kanak-kanak prasekolah juga mempunyai tahap kreativiti seni dan estetika yang
lebih tinggi berbanding dengan kanak-kanak yang lebih tua (Zabelina &
Robinson, 2010). Oleh itu potensi kreatif ini perlu dipupuk sejak dari prasekolah
agar lahir murid-murid yang mempunyai kemahiran abad ke-21 supaya dapat
bersaing di peringkat global. Pemikir adalah antara ciri kanak-kanak abad ke-21
iaitu mereka mampu berfikir secara kritikal, kreatif dan inovatif; mampu untuk
158

