Page 100 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 100
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
4. Pemimpin Arab di Hijaz yang memihak kepada British
● Sebelum Perang Dunia Pertama, seluruh bumi Arabia di bawah
penguasaan Turki Uthmaniyyah kecuali Aden dan Teluk Parsi. Tentera Turki Uthmaniyah ditentang
oleh tali barut British iaitu Sharif Husain, gabenor Makkah dan Madinah yang mengetuai kelompok
nasionalisme Arab. Beliau memainkan sentimen kemuliaan keturunannya dari Bani Hashim
(keturunan Nabi Muhammal saw) dan mendakwa layak menjadi penguasa umat lslam.
● Anaknya Faisal Sharif yang memimpin tentera Arab berjaya menghalau tentera Turki Uthmaniyah
dari Semenanjung Tanah Arab (Hijaz). Namun, dengan tipu muslihat British, Sharif Husain tidak
mendapat balasan seperti dijanjikan. Akhirnya, British melantik Sharif Husain sebagai penguasa
Jordan.
● Semasa di Damsyik, Faisal Sharif membentuk sebuah pentadbiran kerajaan Arab dengan
mendapat pengesahan dan bantuan dari British. Turki Uthmaniyah turut ditentang oleh tali barut
British iaitu keluarga Saud pada bulan Disember 1915.
● British mengisytiharkan Ibn Saud sebagai pemimpin Arab di Najd (tengah Arabia). British
membiarkan Ibn Saud menguasai kawasan Tanah Arab dan sekaligus menghalau kuasa Turki
Uthmaniyah. Keluarga Saud telah bertindak menyerang Bani Rashid, sekutu kerajaan Turki
Uthmaniyah.
● Sharif Husain berjanji akan membantu British menghadapi tentera Turki Uthmaniyah dan akhirnya
beliau mengisytiharkan perang pada bulan Jun 1916. Perjuangan ketenteraan bangsa Arab selama
dua tahun berakhir apabila kerajaan Turki Uthmaniyah meminta diadakan perdamaian pada 30
Oktober 1918.
5. Kekalahan Turki dalam peperangan dengan British, Perancis, dan Itali di Utara Afrika
● Tentera Turki Uthmaniyah berhadapan dengan British, Perancis, dan Itali yang cuba menguasai
Libya di Utara Afrika.
● British akhirnya berjaya menguasai Libya untuk diserahkan kepada Itali sebagai memenuhi janji
Pakatan Berikat sekiranya Itali menyertai blok mereka menghadapi Jerman dalam Perang Daia
Pertama.
● Tentera Turki Uthmaniyah juga berhadapan dengan Perancis di Maghribi, Tunisia, dan Algeria yang
akhirnya dikuasai oleh negara Barat berkenaan.
6. Peranan Mustafa Kamal Attartuk
● Strategi Pihak berikat di Asia Barat ialah menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyah. Semasa perang
dunia pertama, Kerajaan Turki Uthmaniyah berada di bawah pemerintahan Sultan Abdul Hamid ll.
Pihak berikat ingin menjatuhkan pemerintahan terakhir khalifah Islam di Turki.
● Kekalahan kerajaan Turki Uthmaniyah sebenarnya telah dirancang melalui perajurit anggota
freemason yang menyertai tentera Turki Uthmaniyah. Muncul pegawai- pegawai muda tentera yang
memainkan peranan penting dalam komplot rampasan kuasa menggulingkan institusi Kesultanan
Turki Uthmaniyah termasuk Mustafa Kamal Attartuk.
● Pada mulanya, Mustafa Kamal Attartuk menentang campur tangan kuasa asing. Namun,
perjuangannya berubah menjadi penentangan terhadap kekuasaan Khalifah Turki Uthmaniyah.
Akhirnya, sistem khalifah dihapuskan dan Turki menjadi sebuah negara bangsa tersendiri, terpisah
dari wilayah-wilayah yang dahulunya merupakan kesatuan Khalifah Islamiyah Turki.
7. Kelemahan pentadbiran Kerajaan Turki Uthmaniyah
● Mengalahkan Turki Uthmaniyah dari segi politik merupakan strategi yang dilakukan oleh pihak
Berikat di Asia Barat. Kebergantungan sistem birokrasi kepada kemampuan sultan dalam
mengendalikan pemerintahan menjadikan institusi politik tidak memenuhi tuntutan semasa.
● Kelemahan kepimpinan semakin terserlah apabila ketidakmampuan khalifah dan Kerajaan Turki
Uthmaniyah dalam menghadapi kemaraan imperialisme Barat. Kelemahan kerajaan Turki semakin
nyata apabila terpaksa tunduk kepada tekanan kuasa Barat seperti melaksanakan tanzimat
101

