Page 95 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 95

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      namun beliau hanya memiliki sedikit pengaruh.
                                      ●     Ketiga-tiga  Pasha  ini  kemudian  mengheret  Turki  Uthmaniyah  terlibat
                       langsung dalam Perang Dunia Pertama.

                   5.  Menghidupkan Gagasan Pan-Turkisme
                    ●  Gerakan Turki Uthmaniyah telah menghidupkan Gagasan Pan-Turkisme (Pan-Turanisme).
                    ●  Pan-Turkisme  merupakan  gagasan  penyatuan  seluruh  bangsa  Turki  dalam  empayar  Turki
                       Uthmaniyah dengan warga Turki di Asia Tengah. Pan-Turkisme semakin  bergema dalam kerajaan
                       ketika  Turki  Uthmaniyah  ditewaskan  dalam  Perang  Balkan  1  (1912-1913).  Gagasan  ini  amat
                       diminati oleh Gerakan Turki Muda.
                    ●  Perasaan  sebangsa  dengan    warga  Turki  di  Asia  Tengah  (wilayah  Caucasus)  menyebabkan
                       mereka ingin membebaskan penduduk bangsa Turki di wilayah berkenaan dari penguasaan Rusia.
                    ●  Asia Tengah juga diyakini oleh Turki Muda sebagai sebahagian tanahair bangsa Turki.
                    ●  Revolusi Bolshevik 1917 di Rusia menyemarak semangat baharu idea-idea Pan Turkisme. Anwar
                       Pasha,  Menteri  Perang  mula  mendokong  idea  berdirinya  sebuah  kerajaan  baharu  yang
                       dibangunkan  berdasarkan  kesatuan  dengan  daerah-daerah  Turki  di  Asia  Tengah  untuk
                       menggantikan wilayah-wilayah yang hilang di Timur Tengah.
                    ●  Pan-Turkisme digunakan bagi mengimbangi ideologi  Pan-Slavia yang digerakkan oleh Rusia bagi
                       mempengaruhi penduduk Kristian Balkan khasnya Serbia agar menuntut kemerdekaan dari Turki
                       Uthmaniyah.
                    ●  Pan-Turkisme  mulai  berkembang  dan  mendapat  sambutan  menjelang  Perang  Dunia  Pertama.
                       Ideologi  Pan-Turkisme  semakin  bergema  di  kalangan  Turki  Muda  Ketika  kerajaan  Turki
                       Uthmaniyah kehilangan banyak wilayahnya di rantau Balkan pada tahun 1913.
                    ●  Pan-Turkisme  juga  mendapat  inspirasi  dari  kejayaan  Prusia  yang  berhasil  membentuk  Pan-
                       Germania  (Kesatuan  Jerman)  pada  tahun  1871.  Justeru,  penekanan  dasar  Pan-Turkisme
                       (Turkifikasi)  dengan  penuh  rpogresif  mengakibatkan  penentangan  daripada  golongan  minority
                       Kristian dan nasionalisme Arab semakin memuncak.

                   6.  Mengakhiri isolasi diplomatik terhadap Turki Uthmaniyah
                    ●  Gerakan Turki Muda juga telah mengakhiri isolasi diplomatik terhadap Turki Uthmaniyah. Isolasi
                       diplomatik berlaku ketika Gerakan Turki Muda berjaya menguasai pemerintahan Turki Uthmaniyah
                       melalui rampasan kuasa.
                    ●  Pemerintahan  Turki  Muda  tidak  mendapat  sokongan  dari  mana-mana  negara  Eropah  kerana
                       mereka bersifat nasionalis dan berhasrat mengakhiri segera  pengaruh dan kekuasaan negara-
                       negara Eropah dalam kerajaan Turki Uthmaniyah.
                    ●  Situasi ini menyebabkan Turki Uthmaniyah  mulai kehilangan sekutu yang dapat membantunya
                       ketika wilayah Turki Uthmaniyah diserang negara lain. Buktinya, Ketika Turki Uthmaniyah diserang
                       oleh Itali, tiada satu negara Eropah pun yang mahu membantunya.
                    ●  Gerakan Turki Muda meyakini bahawa isolasi yang berterusan mampu menumbangkan kerajaan
                       Turki Uthmaniyah. Keadaan ini memaksa Turki Muda menawarkan atau mengadakan hubungan
                       persahabatan  atau  gabungan  dengan  mana-mana  negara  seperti  Britain  dan  Perancis,  namun
                       ternyata tawaran Turki Uthmaniyah ditolak.
                    ●  Bagaimanapun,  Gerakan  Turki  Muda  berjaya  mengadakan  hubungan  persahabatan  dengan
                       Jerman apabila Kaiser Wilhelm II bersetuju mengadakan pakatan strategik.
                    ●  Akhirnya, tercapailah kesepakatan antara Turki Uthmaniyah  dan Jerman yang akhirnya mengheret
                       Turki Uthmaniyah ke dalam kancah Perang Dunia Pertama.

                   KESIMPULAN
                      Kesimpulannya, Gerakan Turki Muda telah menceburkan diri secara langsung dalam Perang Dunia
                   Pertama dengan menjadi sekutu Jerman. Kekalahan Jerman secara tidak langsung menghancurkan
                   empayar  Turki  Uthmaniyah  yang  selama  ini  sudah  lemah  dan  digelarkan  oleh  pihak  Barat  sebagai
                   ‘Orang Sakit Eropah’ (Sick Man of Europe). Gerakan Turki Muda yang terdiri daripada pelbagai aliran
                                                                                                               96
   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100