Page 104 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 104

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      Soalan 56 : Bincangkan kesan Tanzimat terhadap pentadbiran kerajaan Turki
                                      Uthmaniyah pada abad ke-19 Masihi.

                   PENDAHULUAN
                      Tanzimat dari segi sejarah bermaksud gerakan  pembaharuan  atau reformasi  dalam kerajaan Turki
                   Uthmaniyah  dan ianya  dilancarkan oleh  Sultan Mahmud II  pada  tahun  1839  hingga  1876.Tanzimat  ini
                   berdasarkan  dua  piagam  utama  iaitu  Hatt-I  Sherif  Gulhane  1839  dan  Hatt-I  Hamayun  1856.  Tanzimat
                   bertujuan  menyelamatkan  kerajaan  daripada  kelemahan  sistem  pemerintahan  dan  pentadbiran  serta
                   memberi  fokus  terhadap  masalah  rakyat  yang  beragama  kristian  supaya  golongan  tersebut  tidak
                   mendapatkan naungan daripada kuasa luar. Pelaksanaan Tanzimat telah meninggalkan pelbagai kesan
                   terhadap pentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyah.

                   1.  Unsur-unsur sekularisme  meresap dalam pentadbiran kerajaan Uthmaniyah.
                   ●  Salah  satu  kesan  Tanzimat  adalah  meresapnya  unsue-unsue  sekularisme  dalam  pentadbiran
                       kerajaan Turki Uthmaniyah.
                   ●  Ini disebabkan kedua-dua piagam yang menjadi dasar Tarzimat memuatkan program sekularisasi
                       dalam  pelbagai  institusi  kerajaan  termasuk  perundangan.  Piagam  Gulhane  memperakukan
                       perundangan  baru  yang  banyak  dipengaruhi  oleh  Barat,  umpamanya  Undang-  Undang
                       Perdagangan.
                   ●  Selan  itu,  didirikan  pula  mahkamah-mahkamah  yang  bersifat  sekular,  di  samping  mahkamah-
                       mahkamah syariah. Dalam sistem pendidikan pula, di samping didirikan sekolah-sekolah Rushdiye.
                       Idadi, Sultani, maktab dan universiti, ia juga memasukkan pendidikan moden yang terpisah dari
                       agama

                   2.  Lahirnya golongan birokrat yang pro-Barat.
                   ●  Lahir golongan birokrat yang pro-Barat ini ialah hasil kemasukan unsur-unsur sekular dalam sistem
                       pendidikan  dan  kebanyakan  golongan  birokrat  Turki  Uthmaniyah  pula  belajar  di  negara-negara
                       Eropah.
                   ●  Hasil  dari  sikap  pro-Barat  ini  membuka  pintu  kepada  kemasukan  pengaruh  dan  campurtangan
                       negara Barat dalam soal pentadbiran kerajaan Uthmaniyah.
                   ●  Contohnya,  Mustafa  Kamal  Artartuk  telah  berjaya  memperjuangkan  negara  sekular  Turki  dan
                       menggantikan kerajaan Khalifah Turki Uthmaniyah.

                   3.  Tanzimat ekonomi, kerajaan Uthmaniyah terlibat dengan sistem kapitalis.
                   ●  Mempraktis  sistem  ekonomi  kapitalis  Barat  bererti  menyerah  badan  dan  nyawa  negara  Islam
                       kepada negara Barat apabila berlakunya kesulitan. Sistem pinjaman berasaskan riba ini membawa
                       implikasi negatif apabila kerajaan Uthmaniyah mulai berhutang dengan bank-bank asing.
                   ●  Pada mulanya, hutang masih kecil  dan  faedah yang  dikenakan hanyalah  3% hingga  4% tetapi
                       peperangan yang berpanjangan menyebabkan kerajaan terpaksa terus berhutang sementara kadar
                       faedah naik dengan mendadak sekitar tahun 1860-an dan 1870-an yang akhirnya membawa padah
                       kepada ekonomi negara dimana  KTU menghadapi zaman muflis.
                   ●  Peningkatan cukai dikenakan ke atas rakyat untuk perbelanjaan negara mengakibatkan kekacauan
                       di beberapa wilayah Balkan seperti di Bosnia dan Herzegovina dan kawasan sekitarnya.
                   ●  Buktinya  Bulgaria  yang  mengambil  peluang  bagi  membebaskan  tanah  air  mereka  daripada
                       pemerintahan  Uthmaniyah.  Apabila  kerajaan  Uthmaniyah  berjaya  menghapuskan  rusuhan  di
                       Bulgaria dan Serbia, Montenegro pula mengisytiharkan perang untuk mendapatkan kemerdekaan.
                   4.  Kuasa mutlak sultan (sikap autokratik sultan)
                   ●  Sikap autokratik yang diamalkan oleh sultan dan menterinya dalam melaksanakan pembaharuan
                       Tanzimat  juga  mendapat  kritikan  keras.  Kekuassan  mutlak  sultan  bertambah  setelah  Sultan
                       Mahmud Il berjaya menghancurkan pasukan tentera Inkishariyah dan golongan ulama yang suatu

                                                                                                             105
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109