Page 105 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 105

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      masa  lalu,  tertera  ini  merupakan  kekuatan  yang  dapat  mengimbangi  kuasaan
                                      mutlak sultan.
                   ●  Tentera Inkishariyah ditakuti bukan hanya kerana senjata mereka tetapi juga  kerana hubungan
                       yang  erat  dengan  Tarekat  Bektasyi  yang  mempunyai  pengikut  yang  ramai  dalam  kalangan
                       masyarakat Uthmaniyah. Sementara ulama yang tidak bersetuju dengan pembaharuan ala-Barat
                       berada di belakang tentera. Mereka merupakan kekuatan sosial yang disegani oleh sultan tetapi
                       fungsi  ulama  menjadi  lemah  apabila  mereka  diserapkan  dalam  pentadbiran  dan  munculnya
                       golongan elit baru hasil dari sistem sekular mengambil alih peranan mereka.
                   ●  Apabila  hilangnya  dua  pengimbang  ini  (tentera  dan  ulama),  kekuasaan  sultan  dan  kabinetnya
                       bertambah mutlak menggantikan kebebasan  bersuara dan berhujah. Hal seperti ini tidak dapat
                       diterima oleh golongan intelegensia Turki seperti Uthmani Muda.
                   5.  Kemunculan Gerakan Uthmani Muda.
                   ●  Sejak, 1860-an kritikan terhadap pentadbiran khalifat Uthmaniyah telah disuarakan dalam akhbar
                       dan  majalah  tetapi  dengan  munculnya  kumpulan  Patriontik  Alliance  pada  tahun  1871  yang
                       akhirmya membentuk gerakan Uthmani Muda.
                   ●  Dua tahun berikutnya gerakan ini telah secara terbuka mengkritik pemerintahan Utmaniyah dan
                       mendesak sistem baharu yang dikenali sebagai sistem khalifah berperlembagaan dilaksanakan.
                   ●  Hasil dari gerakan Uthmani Muda, maka pada tahun 1876 Sultan Abdul Hamid mengisytiharkan
                       kuatkuasanya  perlembagaan  baharu  tetapi  setahun  kemudian  perlembagaan  ini  digantung  dan
                       beliau kembali mentadbir kerajaan Uhmaniyah dengan sistem khilafah tradisional yang menikmati
                       kekuasaan autokrasi.

                   KESIMPULAN
                      Kesimpulannya, gerakan pembaharuan ala Barat bukan sahaja mengimport budaya dan cara hidup
                   Barat seperti sekularisme dan materialisme, bahkan mengundang kuasa Barat untuk campur tangan
                   dalam  urusan  negara  Islam.  Gerakan  Tarzimat  yang  dirangka  untuk  memodenkan  kerajaan  telah
                   menimbulkan  impak  negatif.  Situasi  ini  akhirmya  membawa  kepada  penguasaan  kerajaan  oleh
                   golongan birokrat pro-Barat daan Tanzimat juga tidak berjaya menyelamatkan kerajaan Uthimaniyah
                   daripada ancaman kuasa-kuasa Barat.

                   Soalan  57:  Analisiskan  matlamat  perjuangan  gerakan  Uthmani  Muda  dan  Turki  Muda  dalam
                   dalam kerajaan Turki Uthmaniyah pada abad ke-19 hingga awal abad ke-20M

                   PENDAHULUAN:
                      Uthmani Muda atau Uthmani baru dalam bahasa Turki dikenali sebagai Yeni Osmanlilar merupakan
                   pelopor yang memperjuangan sistem khalifah berperlembagaan. Perjuangan ini diteruskan pula oleh
                   golongan Turki Muda.Kebebasan yang diberikan oleh pihak kerajaan Uthmaniyah telah digunakan oleh
                   golongan  ini  untuk  mengkritik  dasar  dan  polisi  kerajaan  yang  dilihat  mengabaikan  hak  rakyat  dan
                   bertentangan  dengan  ajaran  Islam.  Matlamat  kedua  –dua  gerakan  ini  adalah  menukar  sistem
                   pemerintahan khalifah yang berkuasa mutlak kepada khalifah berperlembagaan

                   ISI –ISI PENTING
                   A.  Gerakan Uthmani Muda

                   1. Keahlian (Intelektual berpendidikan Barat)
                   ●  Uthmani  Muda terdiri  daripada sekumpulan intelektual yang  berpendidikan   Barat yang  bekerja
                       sebagai wartawan dan penterjemah di Biro Terjemahan di Jabatan Perdana Menteri. Gerakan ini
                       dipengaruhi oleh gerakan lain yang muncul di Eropah seperti Young Spain,Young Italy dan Young
                       France namun masih mengekalkan fahaman tradisi Uthmaniyah dan syariat islam. Antara tokoh
                       utama kumpulan ini ialah Nemik Kemal, Ali Suavi, Nuri Bey, Ziya Pasha dan Mustafa Fazil Pasha.
                   ●  Gerakan  ini  bergerak  aktif  sehingga  berjaya  melaksanakan  sistem  pemerintahan  khalifah
                                                                                                             106
   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110