Page 102 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 102

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      Pertama. Eropah mula melatih pemimpin muda Turki dengan ilmu sekular ataupun
                                      “Freemason” untuk menjatuhkan kerajaan Islam. Tokoh yang dipilih Eropah ialah
                       Mustafa Kamal, merupakan seorang pelajar sekolah tentera bermula tahun 1885 hingga 1907 yang
                       dididik dengan fahaman  Barat dan  membenci sistem khalifah Islam. Selepas tahun 1918 Turki
                       menjadi negara sekular.

                   2.  Kesan Ekonomi
                    ●  Kekalahan dalam Perang Dunia 1, telah menyebabkan Turki Uthmaniyah menanggung bebebanan
                       kewangan  yang  tinggi.  Kemerosotan  ekonomi  kerajaan  Turki  kerana  terpaksa  menanggung
                       pembiayaan  perang  dan  telah  menyebabkan  negara  dibawah  wilayah  Turki  mengalami
                       kemerosotan ekonomi seperti negara Timur Tengah dan Afrika Utara selepas perjanjian dengan
                       negara Eropah kesan kekalahan dalam Perang Dunia Pertama.
                    ●  Perdagangan semakin merosot kerana kuasa Eropah telah menguasai perdagangan di Laut Hindi,
                       Laut Mediterranean, Terusan Suez dan jalan perdagangan lain. Situasi ini menyebabkan Eropah
                       semakin menguasai negara Islam. Golongan Yahudi turut menguasai ekonomi Mesir sementara
                       Soviet Union menguasai perniagaan asing di Iran
                    ●  Ekonomi  Islam  merosot  apabila  sistem  kewangan  Islam  mula  terjejas  setelah  negara  dibawah
                       wilayah Turki mula bebas daripada pengaruh sistem khalifah Islam. Negara yang bebas menerima
                       pengaruh  Eropah  dan  sistem  ekonomi  Eropah  dalam  pentadbiran  terutamanya  negara  di  blok
                       Eropah.



                   3.  Kesan Sosial
                   ●  Perang Dunia Pertama telah mengakibatkan kematian yang besar. seramai 800,000 tentera Turki
                       meninggal dunia dalam perang. Selain itu kematian juga disebabkan oleh kebuluran dan penyakit
                       kesan daripada perang dunia pertama. Satu juta tentera Uthamaniah dari kalangan rakyat Armenia
                       meninggal dunia kesan perang dunia pertama kerana di halau keluar dari Armenia dan dibunuh.
                   ●  Kesan  perang  dunia  pertama  juga  telah  menyebabkan  perpaduan  dikalangan  wilayah  Turki
                       Uthmaniyah mula longgar. Kesannya berlaku perpecahan dikalangan negara dalam wilayah Turki
                       Uthmaniyah.
                   ●  Negara Islam mula mengambil idea Barat dalam meneruskan kehidupan samada dalam pendidikan
                       mahupun kehidupan seharian.
                   ●  Amalan syariat Islam semakin tercalar dan terdedah kepada perubahan  hasil  pembaratan. Trki
                       kehilangan identiti dan tradisi rakyat Turki. Perpecahan ummah turut berlaku ekoran kewujudan
                       negara Bangsa.

                   KESIMPULAN
                      Kekalahan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia 1, merupakan titik permulaan kepada kejatuhan
                   sistem Islam dalam pemerintahan dan permulaan kepada menularnya faham sekular dalam negara
                   Islam. Dunia Islam selepas kekalahan Turki Uthmaniyah mula hilang penguasaan politik, ekonomi dan
                   sosial berasaskan kehidupan Islam.

                   Soalan 55 : Bincangkan dasar Tanzimat yang dilaksanakan dalam kerajaan Turki Uthmaniyah
                   pada abad ke-19 Masihi.

                   PENDAHULUAN
                      Tanzimat ialah mengatur, menyusun, dan memperbaiki. Usaha ini merupakan pembaharuan yang
                   dilancarkan oleh Sultan Mahmud II. Tanzimat dari segi sejarah bermaksud gerakan pembaharuan atau
                   reformasi  dalam  kerajaan  Turki  Uthmaniyah  antara  tahun  1839  hingga  1876.  Tanzimat  bertujuan
                   menyelamatkan kerajaan daripada kelemahan sistem pemerintahan dan pentadbiran serta memberi
                   fokus terhadap masalah rakyat yang beragama kristian supaya golongan tersebut tidak mendapatkan
                                                                                                             103
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107