Page 103 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 103
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
naungan daripada kuasa luar. Pada umumnya, Tanzimat ini berdasarkan dua
piagam utama iaitu Hatt-I Sherif Gulhane 1839 dan Hatt-I Hamayun 1856.
1. Dasar Piagam Hatt-I Sherif Gulhane 1839
● Dalam mukaddimahnya, Piagam Hatt-I Sherif Gulhane menjelaskan tentang perlunya sebuah
peraturan yang lengkap. Hal ini kerana pada permulaan kerajaan Uthmaniyah, syariat dan undang-
undang negara dipatuhi dan kerajaan menjadi kuat serta rakyat hidup dalam kemakmuran.
Sebaliknya, selepas 150 tahun telah berlaku penyelewengan yang menyebabkan undang-undang
tidak lagi dipatuhi dan akibatnya kekuatan serta kemakmuran bertukar kepada kelemahan dan
kemiskinan.
● Kandungan pertama piagam ini ialah jaminan keselamatan nyawa, kehormatan, dan harta benda.
Seseorang yang dituduh akan diadili mengikut syariat Islam dan hukuman tidak akan dijatuhkan
kecuali selepas perbicaraan dan pemeriksaan. Pelanggaran terhadap kehormatan seseorang tidak
dibenarkan. Hak milik terhadap harta dijamin dan tiap-tiap orang mempunyai kebebasan terhadap
harta yang dimilikinya. Oleh itu, hak memiliki harta penyenayah dan keluarganya tidak terhapus
atau dirampas. Jaminan ini dinikmati oleh semua rakyat Uthmaniyah tanpa mengira agama dan
mazhab.
● Kandungan kedua, menubuhkan sistem pungutan cukai yang tetap dan adil. Cukai pertanian dan
kerahan tenaga yang tidak wajar akan dihentikan. Wang kutipan cukai akan diguna bagi
melengkapkan keperluan ketenteraan dan untuk belanjawan negara. Wang tersebut akan
diagihkan untuk kepentingan rakyat dan negara. Pungutan cukai secara monopoli turut
dihapuskan. Kutipan dibuat berdasarkan harta yang dimiliki dan kemampuan seseorang.
● Kandungan ketiga: Mewujudkan satu sistem yang teratur dalam pemilihan tentera bagi menjamin
keadilan khasnya dalam sistem kerahan, latihan, dan sebagainya. Sistem ini merupakan satu tugas
suci bagi mempertahankan bangsa dan tanah air. Sistem pemilihan tentera secara paksa tidak
mampu memenuhi bilangan yang diperlukan . Hal ini menyebabkan perlindungan tidak dapat
diberikan sepenuhnya apabila berlaku rusuhan . Dengan ini perlu ditubuhkan satu sistem yang
sesuai dalam pengambilan tentera iaitu mengikut pusingan penggal antara 4 hingga 5 tahun.
2. Dasar Piagam Hatt- Humayun 1856
● Kandungan pertama: Bahawa segala jaminan yang ditentukan dalam Hatt- Sherif Gulhane dan
yang bersesuaian dengan dasar Tanzimat adalah disahkan dalam Hatt-Humayun. Begitu juga
keistimewaan yang diberikan kepada masyarakat Kristian dan lainnya adalah juga disahkan.
Sekiranya terdapat diskriminasi dengan sebab agama, bangsa dan bahasa, maka la akan
dihapuskan.
● Kandungan kedua: Di samping itu, piagam ini menyebut bahawa masyarakat Kristian dan bukan
Islam lainnya dibenarkan untuk menganut mana-mana agama dengan bebas dan tidak ada paksaan
dalam beragama. Semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama layak memohon dan
menyandang jawatan awam, memasuki sekolah awam atau tentera. Mereka juga boleh mendirikan
sekolah-sekolah persendirian Perkara yang timbul antara rakyat yang berlainan agama akan
diselesaikan oleh mahkamah campuran manakala prosedur mahkamah ini dibuka kepada umum.
● Kandungan ketiga: Selain itu, pembaharuan juga dibuat dalam polisi kewangan seperti pembukaan
bank, menubuhkan dana di samping mengadakan kemudahan infrastruktur. Untuk mencapai tujuan
ini, usaha akan dibuat termasuk mendapatkan modal dari negara Eropah.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, melalui dasar Tanzimat, pembaharuan cara Barat dilaksanakan secara meluas
dalam semua aspek termasuk pentadbiran, pendidikan, ekonomi, dan perundangan. Reformasi
perundangan telah melahirkan undung undang baharu seperti Kanun Keseksaan, Kanun Perniagaan
dan Perdagangan Laut. Mahkamah baharu juga diwujudkan untuk menguatkuasakan kanun baharu
termasuk Mahkamah Perdagangan, Mahkamah Campuran, Mahkamah Sivil dan Jenayah.
104

