Page 98 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 98
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
● Pada April 1915, tentera British dengan bantuan 50,000 tentera New
Zealand, Australia dan Perancis mendarat di wilayah Gallipoli untuk menawan
Istanbul, pusat pentadbiran Turki Utmaniyah, tetapi digagalkan oleh tentera Turki Uthmaniyah di
bawah pemerintahan Komander Jerman.
● Pada Januari 1916, Pakatan tentera keempat-empat negara Barat berkenaan mengaku kalah dan
terpaksa meninggalkan wilayah Gallipoli. Peperangan Gallipoli membawa kepada kebangkitan
pengaruh Mustafa Kamal Attaturk sebagai ketua tentera Turki Uthmaniyah.
6. Peperangan dengan pemimpin Arab di Hijaz.
● Seterusnya, Turki Uthmaniyah terlibat dalam peperangan dengan pemimpin Arab di Hijaz. Tentera
Turki Uthmaniyah ditentang oleh tali barut British iaitu Sharif Husain, gabenor Makkah dan Madinah
yang mengetuai kelompok nasionalisme Arab.
● Beliau memainkan sentimen kemuliaan keturunannya dari Arab Bani Hashim (keturunan Nabi
Muhammad SAW) dan mendakwa layak menjadi penguasa umat Islam sejagat. Anaknya, Faisal
Sharif yang memimpin tentera Arab telah berjaya menghalau tentera Turki Uthmaniyah dari
Semenanjung Tanah Arab (Hijaz).
● Namun, dengan tipu muslihat British, Sharif Husain tidak mendapat balasan seperti dijanjikan.
Akhirnya, British melantik Sharif Husain sebagai penguasa Jordan.
● Di Damsyik, Faisal Sharif membentuk sebuah pentadbiran kerajaan Arab dengan mendapat
pengesahan dan bantuan dari British.
● Turki Uthmaniyah turut ditentang oleh tali barut British iaitu keluarga Saud pada bulan Disember
1915. British mengisytiharkan Ibn Saud sebagai pemimpin Arab di Najd (tengah Arabia). British
membiarkan Ibn Saud menguasai Tanah Arab dan sekaligus dapat menghalau kuasa Turki
Uthmaniyah. Keluarga Saud telah bertindak menyerang Bani Rashid, sekutu kerajaan Turki
Uthmaniyah.
● Sebelum Perang Dunia Pertama, seluruh bumi Arabi di bawah penguasaan Turki Uthmaniyah
kecuali Aden dan Teluk Parsi. Sharif Husain berjanji akan membantu British menghadapi tentera
Turki Uthmaniyah dan akhirnya beliau mengusytiharkan perang pada bulan Jun 1916.
● Perjuangan ketenteraan bangsa Arab selama dua tahun berakhir apabila kerajaan Turki
Uthmaniyah meminta diadakan perdamaian pada 30 Oktober 1918.
7. Peperangan dengan British, Perancis dan Itali di Utara Afrika
● Seterusnya, Turki Uthmaniyah turut terlibat dalam peperangan dengan British, Perancis dan Itali di
Utara Afrika.
● Tentera Turki Uthmaniyah berhadapan dengan British, Perancis dan Itali yang cuba menguasai
Libya di Utara Afrika. British akhirnya berjaya menguasai Libya untuk diserahkan kepada Itali
sebagai memenuhi janji Pakatan Berikat sekiranya Itali menyertai blok mereka menghadapi Jerman
dalam Perang Dunia Pertama.
● Tentera Turki Uthmaniyah juga berhadapan dengan Perancis di Maghribi, Tunisia dan Algeria yang
akhirnya dikuasai oleh negara Barat berkenaan.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, pada Oktober 1918, kerajaan Turki Uthmaniyah dan British memeterai Perjanjian
Versailles bagi menamatkan perang. Tentera Pakatan Eropah Berjaya menduduki Istanbul dan akhirnya
membawa kepada keruntuhan kerajaan Turki Uthmaniyah. Kekalahan Turki Uthmaniyah dalam Perang
Dunia Pertama turut memberi impak negatif terhadap dunia Islam apabila berhadapan dengan kuasa
inperialisme Barat.
Soalan 53: Analisiskan faktor-faktor kekalahan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia
Pertama.
PENDAHULUAN
99

