Page 99 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 99
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Perang ke atas British, Perancis dan Rusia dalam Perang Dunia Pertama
diisytiharkan oleh Sultan Muhammad Rashad V (1909-1918), pemerintah Turki
Uthmaniyah pada 14 November 1914. Pengisytiharan ini bertujuan menyeru umat Islam seluruh dunia
bangkit bersama mempertahankan agama, penduduk, dan wilayah Islam dari kuasa imperialisme Barat.
Turki Uthmaniyah telah terlibat dalam beberapa siri peperangan dengan Pakatan Bertiga. Walaupun begitu
terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kekalahan Turki dalam Perang Dunia Pertama.
ISI-ISI PENTING
1. Kekalahan Turki dalam peperangan dengan Rusia di Caucasus, Timur Turki
● Peperangan dengan Rusia bermula dengan percubaan tentera Turki Uhmaniyah menguasai
wilayah Caucasus, di Timur Turki dan mengalahkan Azerbaijan serta terus mara ke Iran yang ketika
itu bersifat zon bebas (bukan wilayah Turki Uthmaniyah) dan berkecuali iaitu tidak terlibat dalam
Perang Dunia Pertama.
● Pada akhir tahn 1914, tentera Rusia pimpinan Jeneral Illarion Vorontsov Dashkov dan Nicolai
Yudenich berjaya menguasai semula wilayah Caucasus dan berjaya memasuki wilayah timur Turki
Uthmaniyah seperti Erzurum, Erzinjan dan Van.
● Faktor kekalahan tentera Turki Uthmaniyah kerana terpaksa berperang ketika musim salji.
Sebahagian besar tentera terkorban akibat cuaca dingin dan kehausan. Tentera Turki Uthmaniyah
tidak dilengkapi dengan pakaian tentera musim dingin berbanding dengan tentera Rusia yang
memilikinya dan telah biasa berperang pada musim dingin.
● Pada awal Januari 1915, tentera Turki Uthmaniyah menyerang kawasan utara Persia yang berada
di bawah pengaruh Rusia dan berjaya menguasai Tabriz. Namun, pada 30 Januari 1915, tentera
Rusia berjaya menguasainya semula.
● Setelah menewaskan Turki Uthmaniyah di wilayah Caucasus, Rusia bersiap sedia untuk melakukan
serangan ke atas Istanbul, ibu kota Turki Uthmaniyah. Namun, Revolusi Bolshevik 1917 telah
menghentikan semua operasi ketenteraan Rusia di wilayah Caucasus dan balik ke Rusia bagi
menghentikan revolusi tersebut.
2. Kekalahan Turki dalam peperangan dengan British di Mesopotamia, Iraq.
● Pada November 1914, tentera British telah berada di selatan Iraq untuk menjaga dan mengawal
telaga minyak di Sulaimaniyah, Iran (bukan wilayah Turki Uthmaniyah). Pada awal ahad ke-20M,
minyak mula menggantikan arang batu sebagai sumber utama tenaga industri.
● Tujuan utama pihak British menduduki Iraq adalah untuk menguasai wilayah Basrah, Iraq dan
akhirnya akan bergabung dengan tentera Rusia yang datang dari wilayah Caucasus. Gabungan
tentera British dan Rusia diharap dapat memutus dan menutup jalan perhubungan penting tentera
Turki Uthmaniyah.
● Pada peringkat awal, tentera Turki Uthmaniyah berjaya mengalahkan British pada April 1916 di
bandar lama Ctesiphon, berdekatan Baghdad. Namun, pada Mac 1917, Baghdad telah dikuasai
oleh tentera British dan Rusia dari kerajaan Turki Uthmaniyah.
3. Kekalahan Turki dalam peperangan dengan British di Semenanjung Sinai, Mesir
● Pada Februari 1915, tentera Turki Uhmaniyah cuba melintasi Terusan Suez, Mesir tetapi digagalkan
oleh tentera British. British yang menguasai Mesir sejak tahun I882 telah menambah jumlah askar
di Terusan Suez dengan membawa masuk tentera yang kalah di medan perang Gallipoli.
● Pada tahun 1916, tentera British cuba melintasi Semenanjung Sinai, Mesir untuk menguasai
Palestin dan Syria. Pada bulan Mei 1917, tentera Turki Uthmaniyah dengan bantuan tentera
Jerman menyerang tentera British di Palestin tetapi gagal apabila Komander British, Allenby berjaya
menguasai Jerusalem, Palestin, pada 9 Mac 1917.
● Kejayaan British ini membawa kepada penjajahan secara langsung kuasa Barat ke atas bumi
Palestin yang sebelum ini merupakan wilayah penguasaan Turki Uthmaniyah (1517-1918). Syria
turut dikuasai oleh tentera British pada bulan September 1918.
100

