Page 34 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 34

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      4.    Strategi Kepungan danSerang
                                      ●     Seterusnya strategi kepungan dan serang. Menerusi strategi ini tentera Islam
                   akan  bertindak  mengepung  kota  atau  sesuatu  kawasan  musuh  buat  seketika.  Kepungan  berlarutan
                   sehingga  berjaya  memutuskan  bekalan  makanan  dari  luar  ke  kawasan  musuh.  Keadaan  iniakan
                   melemahkan tentera musuh dan selepas itu tentera Islam akan bertindak melancarkan serangan. Strategi
                   ini digunakan oleh tentera Islam pimpinan Nabi Muhammad SAW sewaktu menyerang Kota Taif. Tentera
                   Islam terlebih dahulu mengepung Kota Taif untuk menyekat bekalan makanan memasuki kota itu.

               5.  Strategi Penyamaran/ Risikan
               ●  Tentera islam juga mengamalkan strategi penyamaran atau risikan. Dalam strategi ini tentera Islam akan
                   menghantar seseorang untuk menyamar atau merisik bagi mendapatkan sesuatu maklumat daripada pihak
                   musuh.  Penyamaran  juga  bertujuan  memecah  belahkan  pakatan  musuh  jika  mereka  terdiri  daripada
                   gabungan banyak kumpulan. Strategi ini digunakan tentera Islam sewaktu berlakunya Perang Khandak.
                   Nabi Muhammad SAW telah menghantar Nuiam bin Masud untuk menyamardalam kalangan tentera musuh
                   dan beliau telah berjaya memecahbelahkan pakatan Musyrikin Mekah dan Yahudi. Kehadiran Nuiam bin
                   Masud untuk melakukan muslihat hingga wujud rasa syak antara gabungan tentera musuh.

               6.  Strategi Membiarkan Musuh Lari Tanpa Dikejar
               ●  Terdapat juga strategi membiarkan musuh lari tanpa musuh. Menerusi strategi ini tentera Islam dilarang
                   daripada mengejar atau membunuh tentera musuh yang telah berundur.Tentera Islam akan membiarkan
                   tentera musuh yang melarikan diri dari medan perang setelah mengalami kekalahan ke kawasan sempadan
                   tempat mereka. Cara ini dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW dan terus dipraktikkan pada zaman
                   Khulafa'  al-Rasyidin.  Strategi  inidigunakan  oleh  Nabi  Muhammad  SAW  dalam  Perang  Mu‟tah  bagi
                   mengelakkan  tentera  Islam  daripada  diperdayakan  oleh  musuh.  Jika  terus  dikejar  kemungkinan  akan
                   mengorbankan lebih banyak nyawa tentera Islam.

               KESIMPULAN
                      Kesimpulannya, jihad merupakan elemen penting dalam perjuangan umat Islam untuk menyebarkan
               syiar Islam dan membentuk negara Islam yang kuat. Oleh itu, stretagi dalam peperangan diperkenalkan pada
               zaman  Nabi  Muhammad  SAW  sehingga  umat  Islam  memenangi  kebanyakan  peperangan  yang  berlaku.
               Selepas  kewafatan  NabiMuhammad  SAW,  Khalifah  al-Rasyiddin  meneruskan  strategi  yang  sama  dalam
               ekspedisi peperangan yang tercetus.


               Soalan 18: Etika yang diterapkan dalam gerakan ketenteraan Islam membuktikan Islam mengutamakan
               perdamaian. Bincangkan.

               PENDAHULUAN
                      Islam  adalah  agama  yang  mengutamakan  keamanan  dan  perdamaian.  Oleh  itu  Islam  tidak
               menggalakkan  peperangan  tanpa  sebab  munasabah.  Namun,  jika  agama  Islam,  negara  dan  maruah  diri
               diancam  maka  Allah  mewajibkan  peperangan  seperti  yang  terdapat  dalam  surah  al-Baqarah,  ayat  190.
               Peperangan dalam Islam mempunyai etika yang bertujuan memupuk disiplin dikalangan tentera Islam. Etika
               peperangan dalam Islam sama ada sebelum, semasa atau selepas perang jelas menerapkan peraturan tertentu
               yang membuktikan Islam mengutamakan perdamaian.

               ISI-ISI PENTING
               1.  Etika Sebelum Perang
               ●  Etika  peperangan  utama  yang  diterapkan  dalam  gerakan  ketenteraan  Islam  ialah  kewajiban  mematuhi
                   perintah  Allah  serta  mencari  keredhaanNya.  Islam  membenarkan  perang  dengan  tujuan  untuk
                   mempertahankan  diri  apabila  diserang  musuh.  Islam  juga  membenarkan  umat  Islam  melancarkan

                                                                                                               35
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39