Page 52 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 52

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      ISI-ISI PENTING
                                      1.   Usaha dan galakan para khalifah
               •   Khalifah mendirikan pusat-pusat pengajian. Khalifah Harun al-Rasyid membina perpustakaan yang ulung
                   iaitu Baitul Hikmah di Baghdad. Khalifah al-Makmum menghimpunkan setiap kitab dari daerah taklukannya
                   seperti Syria, Afrika dan Mesir untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Khalifah al-Mukhtadid Billah
                   menyelia sudut-sudut dan tempat tertentu di istananya untuk majlis ilmu
               •   Khalifah memberi pelbagai kemudahan untuk menetap di Baghdad, perbelanjaan tetap dan kedudukan
                   istimewa kepada golongan cerdik pandai. Khalifah Abu Jaafar al-Mansur, Harun al-Rasyid dan al-Makmum
                   menggalakkan kegiatan penterjemahan


               2.    Aktiviti penterjemahan pelbagai ilmu
                   •   Bidang  penterjemahan  bermula  dengan  ilmu  mantik  sehingga  tertubuhnya  Sekolah  Tinggi
                      Penterjemahan yang pertama di dunia. Penterjemahan dipimpin oleh Hunain bin Ishak dan 90 orang
                      murid-muridnya. Penterjemah lain seperti Ishak bin Hunain, Hubaisy dan Thabit Qurrah
                   •   Buku-buku falsafah, sains, matematik, perubatan dan astronomi dari pelbagai bahasa diterjemah ke
                      bahasa Arab. Kesannya lahirlah pelbagai ilmu pengetahuan dan tokoh-tokoh dalam bidang tersebut

               3.         Kemunculan golongan ulama/tokoh ilmu
                   •   Lahirnya  tokoh-tokoh  atau  golongan  ulama  yang  menjadi  tenaga  pengajar.  Abul  Ali  al-Hussein  ibn
                      Abdullah ibn Sina atau dikenali sebagai Ibn Sina menghasilkan berpuluh-puluh karya dalam bidang
                      falsafah dan perubatan. Abu Hamid al-Ghazali atau dikenali sebagai al-Ghazali yang mengarang lebih
                      kurang 300 buah buku merangkumi falsafah, keagamaan, dan politik
                   •   Maskuih yang menghasilkan buku sejarah yang menyentuh hal-hal kemasyarakatan khususnya bidang
                      ekonomi.  Beliau menulis dengan lengkap sejarah permulaan Bani Buwayh dan hal ehwal pemerintahan
                      Bani Abbasiyah. Tokoh-tokoh lain seperti al-Kindi, al-Farabi, Abu Hanifah, Malik bin Anas, Ahmad bin
                      Hanbal al-Bukhari dan lain-lain pakar dalam hadis dan fikah

               4.    Kewujudan prasarana pendidikan yang baik
                   •   Terdapat institusi pendidikan seperti masjid, surau, kuttab dan istana yang dijadikan sebagai pusat
                      perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan. Pusat pengajian yang lengkap dan moden didirikan
                      di seluruh negara seperti di Baghdad, Madinah, Kufah, Kaherah, Balk dan lain-lain. Pusat pengajian
                      yang terkenal  ialah  madrasah yang  mencakupi pengajian peringkat rendah,  menengah,  dan tinggi.
                      Masjid dijadikan tempat utama bagi mempelajari al-Quran, hadis, fikah, tafsir dan kesihatan. Di masjid
                      diadakan  majlis  perbincangan  dan  perbahasan  antara  para  ulama,  sarjana,  ahli  fikir  dan  lain-lain
                      berkenaan isu semasa
                   •   Istana  khalifah  dipenuhi  golongan  cendekiawan  dan  cerdik  pandai.  Istana  lebih  berfungsi  sebagai
                      gedung ilmu pengetahuan daripada pusat pemerintahan . Madrasah menyediakan kemudahan fizikal
                      pembelajaran.  Madrasah  an-Nizamiyah  dianggap  sebagai  institusi  pengajian  tinggi  yang  pertama
                      bertaraf universiti. Pembinaan perpustakaan yang berperanan sebagai tempat membaca, membuat
                      rujukan, menyelidik, dan belajar secara halaqah. Antara perpustakaan terkenal ialah Baitul Hikmah,
                      Dar al-Hikmah, dan Khizanat sabur (Dar al-Ilm)

               5.    Sistem pendidikan yang tersendiri
                   •   Terdapat tiga peringkat pengajian iaitu rendah, menengah dan tinggi. Peringkat permulaan atau rendah
                      yang bertempat di kuttab atau pondok. Kurikulum peringkat rendah ialah mempelajari al-Quran, sirah
                      Rasulullah s.a.w. , membaca, menulis, puisi dan ilmu hisab. Di peringkat menengah, ilmu yang diajar
                      ialah  ilmu  tafsir,  hadis,  kalam,  tasawwuf,  bahasa,  usul  fiqah,  sejarah,  geografi  dan  sebagainya  .
                      Peringkat  tinggi  ialah  pengajian  di  universiti  yang  memberi  tumpuan  kepada  pengkhususan  ilmu.
                      Antaranya ialah matematik, astronomi, geometri, kimia, zoologi dan perubatan


                                                                                                               53
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57