Page 54 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 54
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
dan telah menghasilkan karya Al-Jami wa al-Tafriq bi Hisab al-Hind (Penambahan
dan Pengurangan Menurut perhitungan Hindu). Al Jabar merupakan satu bidang
ilmu matematik yang dipanggil. Melalui kaedah pengguaan simbol yang mewakili nombor, nilai atau
pembolehubah tertentu, impaknya telah berjaya menyelesaikan banyak masalah pengiraan yang rumit.
3. Memperkenalkan sistem nombor , sifar dan perpuluhan
• Beliau telah memperkenalkan sistem nombor, sifar dan perpuluhan dalam disiplin ilmu matematik.
Pengenalan sistem nombor oleh al-Khawarizmi membawa implikasi yang amat besar dalam peradaban
manusia sehingga kini. Angka-angka 0 hingga 9 menggunakan simbol-simbol yang mewakili sifat dan
nilai-nilai tertentu. Sistem ini diterjemahkan ke bahasa Latin iaitu De Numero Indorum.Pengenalan
sistem angka dan nombor yang sistematik ini menyebabkan operasi pengiraan matematik dapat
diperluaskan kepada konsep penambahan, penolakan, operasi kuasa dua, log, kosinus, dan
sebagainya. Sistem nombor ini turut membawa kepada perkembangan ilmu sains dan teknologi.
• Al-Khawarizmi merupakan ilmuan pertama yang memperkenalkan angka sifar (kosong) dan perpuluhan
dalam ilmu matematik. Pengenalan angka sifar membawa nilai kerana diterbitkan mengikut siri nombor
yang boleh mencapai tahap infiniti. Angka sifar yang diperkenalkan telah digunakan oleh masyarakat
Eropah dengan sebutan cifre, chiffre, dan zero. Angka sifar ini dibawa ke Eropah oleh Leonardo
Fibnanci dalam karyanya, Liber Abaci.
4. Memperkenalkan istilah-istilah baharu
• Seterusnya, al-Khawarizmi turut memberi sumbangan besar dalam memperkenalkan istilah-istilah
baharu dalam bidang matematik. Istilah-istilah baharu ini diginakan sehingga kini. Antaranya, istilah
pemboleh ubah (x), kuasa dua (x2) dan pemalar (c).
• Contohnya dalam karya Mukhtasar al-Jabar awal-Muqabalah juga mempunyai bab-bab yang meliputi
topik tersebut.Buktinya dalam Bab al-Misahah, al-Khawarizmi telah memperkenalkan teorem iaitu
berkaitan segi tiga sudut tegak sama kaki, mengira luas segi tiga, segi empat dan bulatan, isipadu
bentuk kon, dan piramid.Bab al-Misahah ini secara tidak langsung telah menjadi asas dan dorongan
kepada Ibn al-Haitham meneruskan penyelidikan tentang teori-teori geometri secara kompehensif pada
abad berikutnya.
5. Sumbangan dalam bidang geometri dan trigonometri
• Kedua-dua bidang diatas merupakan pecahan kepada bidang matematik dan ianya dibincangkan dalam
karyanya Hisab al Jabar wa- al Muqabalah.Bidang geometri berkaitan dengan . ciri dan hubungan
antara titik dan garis, sudut, permukaan dan pepejal dalam ruang manakala trigonometri berkaitan
dengan pengiraan segitiga, sukatan sisi dan sudutnya . Kesannya , ilmu yang diperkenalkan oleh beliau
berjaya menghasilkan sifir trigonometri bagi memajukan bidang astronom. Dalam bidang trigonometri,
al-Khawarizmi mengemukakan sejumlah seratus buah jadual mengenai nilai sinus dan kotangen.
6. Menyelesaikan masalah-masalah praktikal
• Melalui pengenalan sistem nombor dan pelbagai ilmu matematik yang berkaitan al-Khawarizmi juga
telah berjaya menyelesaikan isu-isu berkaitan pengiraan zakat dan harta pusaka umat Islam. Penemuan
dan pencapaian beliau dalam bidang matematik juga membantu umat Islam menyelesaikan masalah-
masalah praktikal semasa. Kaedah pengiraan beliau digunakan terutama dalam isu pengiraan dan
pembahagian harta pusaka serta perniagaan. Penggunaan konsep pemboleh ubah turut membantu
dalam pembahagian dan pengagihan zakat.Al-Khawarizmi berjaya mengatasi pengiraan rumit melalui
pelbagai cabang ilmu matematik yang dipeloporinya.
55

