Page 57 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 57

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      •     Kitab  Tahafut  al-Falasifah  yang  membincangkan  penyelewengan  falsafah
                                      Barat tentang fizik  dan metafizik daripada sudut pandangan Islam.
               •   Al-Ghazali  lantang  menegur  falsafah  Aristotle  berkenaan  kewujudan  dunia  ini  sejak  azali  dan  tiada
                   permulaan.Al-Ghazali  menyatakan  dunia  berasal  daripada  tidak  ada  kepada  ada  dan  diciptakan  oleh
                   Tuhan.
               •   Beliau berjasa dalam membela Islam (Hujjatul Islam) daripada pengaruh bidaah dan aliran rasionalisme
                   Yunani yang menyesatkan. Ini dapat dilihat dalam penulisannya apabila beliau banyak mematahkan hujah
                   pihak yang keterlaluan ketika membahaskan isu-isu yang timbul, khasnya perbincangan ilmu kalam. Al-
                   Ghazali  membahaskan  ilmu  kalam  menurut  methodolgi  Rasulullah  SAW  dan  para  sahabat  serta
                   menguatkan hujah berteraskan al-Quran, as-Sunnah dan perbahasan para sahabat.
               •   Menurut al-Ghazali, perdebatan berdasarkan hujah  akal tanpa  berpaksikan sumber  primer hanya  akan
                   menambahkan lagi kerisauan dan kecelaruan dalam masyarakat Islam.
               •   Al-Ghazali membahagikan kepada tiga, golongan yang membahaskan falsafah. Atheis iaitu golongan yang
                   mengingkari wujudnya pencipta yang mentadbir seluruh alam. Natural ialah golongan ilmuan yang banyak
                   mengkaji berkaitan dengan tabiat, kejadian dan anatomi manusia, tumbuhan dan haiwan. Golongan ini
                   mendakwa apabila mati mereka tidak akan hidup semula, justeru mereka menafikan adanya hari akhirat.
                   Teologi pula adalah golongan yang membincangkan soal-soal ketuhan seperti Plato, Aristotle dan Socretus.
                   Mereka membahaskan perkara-perkara berkaitan ketuhanan dengan bersumberkan akal.
               •   Al-Ghazali adalah orang pertama yang mengklasifikasikan semula ilmu falsafah kepada enam bahagian
                   iaitu matematik, mantiq, fizik, ketuhanan, siasah dan akhlak. Kitab al-Ma’riful’ Aqaliyah (Ilmu Pengetahuan
                   Yang  Rasional)  memaparkan  tentang  hakikat  kewujudan  ilmu-ilmu  yang  rasional  serta  tujuan
                   penghasilannya.
               •   Kepetahan al-Ghazali dalam berhujah telah membela dan menyelamatkan akidah umat Islam daripada
                   terus direntap oleh fahaman falsafah ketuhanan Yunani yang tidak bertauhid kepada agama yang suci, iaitu
                   Islam.

                   2.   Keagamaan
               •   Sumbangan al-Ghazali dalam bidang keagamaan juga sangat penting dalam membela kesucian agama
                   Islam sehingga digelar Hujjatul Islam.
               •   Kitabnya yang sangat terkenal dalam bidang keagamaan adalah Ihya’ Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu-Ilmu
                   Agama). Kitab tersebut dikarang ketika beliau berumur 50 tahun  menjadi jalan  keluar kepada  pelbagai
                   fahaman dan aliran. Kitab ini yang merangkumi ilmu akidah, fiqah, falsafah, akhlak dan tasawuf masih
                   menjadi rujukan umat Islam masa kini.Kitab ini menerangkan doktrin dan amalan dalam Islam dan cara
                   mengaplikasikan perkara tersebut dan menjadikannya sebagai asas kepada kehidupan kerohanian.
               •   Kitab lain yang terkenal adalah Ayyuha al-Walad (Aduhai Anakku) pula penting kerana mempunyai nasihat
                   beliau kepada anak muridnya tentang ilmu terbaik yang terdiri daripada lapan perkara dan diterjemah ke
                   dalam bahasa Turki.

                   3.  Penghasilan Karya
               •   Al-Ghazali  merupakan  pemikir  Islam  yang  meninggalkan  jasa  yang  dapat  dinilai  melalui  hasil-hasil
                   karyanya. Dunia amat mengagumi al-Ghazali melalui penulisannya di mana beliau merupakan pengarang
                   yang  amat  hebat  dan  berada  dalam  kelas  yang  tersendiri.  Kebolehan  beliau  mengarang  tidak  dapat
                   disangkal  lagi  terutamanya  oleh  sarjana  Barat  dan  sepanjang  hayatnya,  beliau  telah  mengarang  lebih
                   daripada  300  buku.Penulisan  al-Ghazali  meliputi  skop  ilmu  yang  sangat  luas  iaitu  merangkumi  bidang
                   falsafah , keagamaan dan kenegaraan.Kebanyakan hasil karya beliau ditulis dalam bahasa Arab dan Parsi.
                   Beberapa  karyanya  kemudiannya  telah  diterjemah  ke  dalam  pelbagai  bahasa  Eropah  untuk  dijadikan
                   rujukan di pusat-pusat pengajian tinggi. Hasil-hasil tulisan al-Ghazali telah mempengaruhi ahli fikir Islam
                   selepasnya seperti Jalaluiddin ar-Rumi, Ibn Rusyd dan Syah Waliyullah.
               •   Hasil karya beliau yang terkenal  termasuklah kitab  Ihya’ Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu-Ilmu  Agama),
                   Maqasid-Falasifah (Tujuan Ilmu Falsafah) yang membincangkan teori falsafah. Kitab Tahafut al-Falasifah
                   (Kesesatan  Ahli  Falsafah)  membincangkan  penyelewengan  ahli  falsafah  dan  Al-Iqtishad  fil  I’tiqad

                                                                                                               58
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62